Home » » Siasat Segera Pertuduhan Serius Ini ; Foto Cina Mati Bunuh Diri Kerana "Ah Long" Yang Lindungi?

Siasat Segera Pertuduhan Serius Ini ; Foto Cina Mati Bunuh Diri Kerana "Ah Long" Yang Lindungi?

Written By Unknown on 19/02/2014 | 10:40 pm



Seorang lelaki nekad membunuh diri di hadapan rumahnya kerana terlalu tertekan kerana berhutang dengan Ah Long sebanyak RM300,000.

Kejadian berlaku di kediaman mangsa di Batu Caves, pada 17 Februari lepas. Mangsa Lim Wei Keong, 39 tahun, ditemui mati oleh ahli keluarganya pada pukul 6 pagi di dalam kereta Proton Saga miliknya.

Menurut ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Lim, anaknya itu sempat meminta dia menyediakan secawan kopi sebelum masuk tidur menyebab dia tidak mengesyaki apa-apa.

Dia berkata, mereka turut menemui paip yang disumbat di dalam ekzos kereta dengan enjin masih dihidupkan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan kejadian itu dan polis mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Sementara itu Pengerusi MyWatch, sebuah pertubuhan NGO memantau jenayah R. Sri Sanjeevan mendakwa mangsa mati kerana sifat tamak sekumpulan Ah Long yang didakwanya dilindungi pihak berkuasa.




“Yang tak bersalah mati kerana kegelojohan dan ketamakkan sekumpulan Ah Long yg dilindungi pihak berkuasa!” katanya melalui akaun twitternya semalam.

Penulis bertanyakan kepada beliau, pihak berkuasa yang mana dimaksudkan beliau?

Sanjeevan menjawab tweet berkenaan dengan berkata ia merujuk kepada pihak berkuasa yang sepatutnya mengambil tindakan.

“Mereka yang harus ambil tindakan tetapi gagal berbuat demikian,” kata Sanjeevan dalam tweetnya lagi.

Pada awalnya dengan berani, beliau melabelkan pihak berkuasa melindungi sesetengah kumpulan lintah darat tetapi kemudiannya memberikan jawapan umum kepada soalan pihak berkuasa mana yang dimaksudkan?

Sanjeevan pada 27 Julai tahun lepas cedera parah selepas ditembak suspek tidak dikenali di persimpangan Taman Awana Indah di Bahau, Negeri Sembilan.

Sejak sembuh daripada peristiwa itu Sanjeevan dilihat kerap membuat tweet yang kontroversi dengan mengkritik pihak berkuasa.

Di laman twitternya, rupa-rupanya Sanjeevan adalah bakal calon untuk bertanding merebut kerusi Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tidak hairanlah kini dia mula membuat dakwaan yang mencetuskan kontroversi.

Selain itu Sanjeevan dilihat sebagai seorang “Wira Twitter” apabila sejak kebelakangan ini kerap membuat dakwaan ke atas pihak berkuasa khususnya berkaitan kes jenayah.

Bagaimanapun, tindakan dia hanya terhad di Twitter dan di luar Sanjeevan akan senyap seribu bahasa tanpa melakukan sebarang tindakan pro-aktif dalam menegakkan apa yang dibicarakannya.

Jangan jadi orang yang pandai ‘baling batu sembunyi tangan’ jika betul-betul ingin berjuang dalam misi membasmi jenayah – IBNU K/Mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger