AMPUN Tuanku !! Mohon izin bicara tanpa ada agenda tersembunyi..patik hanya sekadar mohon laluan memberi pandangan..Ampun Tuanku..
Pada hemat patik..seolah-olah ada unsur politik yang cuba d kaitkan setiapkali wujudnya polemik dalam industri sukan terutamanya Bolasepak..patik rasa pihak istana semua dah maklum bahawa serangan memburukkan institusi Di Raja berjalan setiap masa..ada dalang yang cuba wujudkan sentimen atau provokasi bahaya dengan suntikan doktrin bencikan Istana secara konsisten.
Secara amnya Rakyat Malaysia amat berterima kasih diatas kesudian Pihak Istana 'bersama' rakyat dalam membangunkan Sukan Negara atau apa saja program yang mendekatkan Istana dan Rakyat.
Namun disebalik harapan agar hubungan Istana-Rakyat ini kekal..anasir berotak komunis makin galak cuba kerohkan suasana hubungan ini..mereka menunggu saja saat yang sesuai untuk buat serangan yang berimpak tinggi yang mampu calarkan imej Istana..natijahnya akan ada rakyat yang tertelan dengan racun mereka ini dan mula pandang serong pada Istana.
Serangan kumpulan 'Militan Anti-Istana' ini bukan saja tertumpu pada bidang Sukan dan 'hubungan intim' dengan artis sahaja..malah apa saja yang mampu untuk jejaskan nama baik Istana..mereka serang tanpa rasa bersalah.
Ampun Tuanku..patik mohon insiden 'Terowong Larkin' menjadi titik tolak pihak Istana untuk membuat keputusan yang terbaik agar hubungan Istana-Rakyat kekal terjalin.
Patik harap..kiranya pihak Istana ingin meneruskan minat sebagai pengurus mana-mana pasukan bolasepak negeri atau menjadi Pengerusi atau apa saja jawatan dalam industri sukan tanahair maka Pihak Istana wajib bersedia untuk 'duduk sama rendah' dengan Rakyat biasa yang memegang jawatan yang sama..dengan kata lain..Tiada lagi tittle "TUANKU"..atau "TUNKU" atau "RAJA" d bawa bersama..ini untuk memudahkan apa saja kes yang terbabit atau membabitkan pasukan tersebut dapat d adili tanpa ada rasa BEBANAN HUBUNGAN ISTANA..Ampun Tuanku.
Kita lihat saja apa sudah jadi bila insiden terbaru 'Terowong Larkin'..agak keruh antara 2 negeri..antara Menteri Besar Terengganu dan Tunku Mahkota Johor..kerana keduanya adalah 'Kapten' bagi pasukan masing-masing hingga mengheret pemain ke 'gelanggang sumpah laknat depan Quran'..
Saat inilah musuh Istana buat serangan untuk nampakkan bahawa pihak Istana bersalah..mula lontarkan fitnah jahat ke atas Tunku Mahkota Johor malah d selit dengan isu-isu peribadi Raja Muda itu..semua d campur..blender dan siram dalam otak rakyat..akhirnya Rakyat buat keputusan mencemuh pasukan Istana..
Militan Anti-Istana cuba wujudkan betapa sukarnya nak dakwa Pasukan Bolasepak yang Istana sebagai penerajunya..akhirnya bila keputusan meletakkan Pasukan T-Team bersalah..mereka seolah berjaya dalam peperangan anti istana ini.."see..we all dah kata..mana boleh kata JDT bersalah..malulah istana.." - inilah natijah yang patik maksudkan.
Paling membimbangkan bila emosi penyokong pasukan terganggu..lihat sahaja apa jadi pertemuan JDT dan Pahang..pergaduhan yang memalukan antara kedua penyokong pasukan..dan sekali lagi Militan Anti-Istana akan tuding jari pada Istana..mereka tak pernah tidur untuk cari salah Istana..mereka benci Istana..ampun Tuanku..
Ampun Tuanku..mohon pertimbangan yang sewajarnya agar Istana dan Rakyat kekal bersama selamanya..Patik amat yakin Istana sanggup dan berani letakkan kedudukan setara demi nama baik Istana dan nama baik industri Sukan.
Malah sebagai Rakyat yang sayangkan Istana, patik amat berharap pihak Istana kekalkan hubungan Istana-Rakyat melalui industri Sukan..bebas dari unsur politik.
AMPUN TUANKU !
Post a Comment