Home » » Foto Harga Set "Lunch" Lengkap Di Putrajaya Hanya RM5.00

Foto Harga Set "Lunch" Lengkap Di Putrajaya Hanya RM5.00

Written By Unknown on 05/02/2014 | 5:05 pm

Tu Diaaa....Warga Putrajaya 'Lunch' Hanya Bayar RM5!

ORANG ramai menikmati hidangan menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Rakyat 1Malaysia di Taman Seri Empangan, Presint 5.

Dengan bayaran serendah RM5, pengunjung restoran itu boleh menikmati makan tengah hari dengan satu lauk pilihan dan sayur serta minuman yang disediakan, antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang, bermula hari ini.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata inisiatif yang digerakkan oleh PPj dengan kerjasama pengusaha restoran itu bertujuan membantu orang ramai khususnya penjawat awam yang bekerja di sini menikmati makan tengah hari yang amat memuaskan pada kadar bayaran yang cukup berpatutan.

Beliau berkata selain itu enam buah bas disediakan untuk berulang alik antara Dataran Putrajaya Presint 3 ke restoran berkenaan di Presint 5 untuk perkhidmatan pengangkutan percuma antara pukul 11 pagi dan 3 petang bagi kemudahan orang ramai berkunjung ke restoran itu.

Menurutnya setakat ini hanya restoran di Taman Seri Empangan itu sahaja yang menawarkan Menu 1Malaysia untuk makan tengah hari di sekitar Putrajaya, dan pihaknya amat mengalakkan lebih banyak restoran lain di sini mengambil bahagian dalam menawarkan menu berkenaan kepada orang ramai.

Aakj ; Tahniah Hasan Malek..Terima Kasih BN !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger