Home » , » Bongkar !! SKMM Penuh Dengan Staf Kristian Atau Barua Kristian?

Bongkar !! SKMM Penuh Dengan Staf Kristian Atau Barua Kristian?

Written By Unknown on 05/02/2014 | 5:09 pm


Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mempersoalkan tindakan pantas Suruhanjaya Komunikasi Media Multimedia (SKMM) menutup laman Facebook yang dikatakan menghina agama Kristian tetapi lambat bertindak apabila ia berkaitan agama Islam.
Menurut Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali , agak menghairankan apabila SKMM tidak bertindak biarpun laporan polis dibuat terhadap beberapa laman sesawang dan Facebook yang menghina umat Islam di negara ini.
“Perkasa ingin bertanya kepada SKMM, mengapa begitu cepat bertindak terhadap akaun Facebook menghina Kristian tetapi tiada satu pun tindakan diambil terhadap Facebook yang menghina kesucian Islam walau sudah banyak aduan dibuat,” kata Syed Hassan dalam satu kenyataan lewat petang tadi di Kuala Lumpur.
Perkasa turut menuntut SKMM agar tidak bersikap memilih dalam mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat kerana agak mengecewakan apabila melihat begitu banyak penghinaan terhadap kesucian Islam sedangkan pihak bertanggungjawab seperti SKMM hanya memandang ringan mengenai isu tersebut.
“Perkasa menunggu pula reaksi daripada pertubuhan yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengapa tidak menyelar SKMM kerana menyekat kebebasan bersuara apabila laman Facebook tersebut ditutup.
“Adakah mereka juga memilih untuk membuat kritikan? Apabila Islam dihina dan kita menggesa tindakan diambil maka ia dilihat sebagai melanggar kebebasan bersuara?” katanya.
Menurut Syed Hassan, Perkasa tetap dengan pendirian menghina agama bukanlah kebebasan bersuara.
“Perbuatan menghina sesuatu agama bukanlah kebebasan bersuara. Penghina terhadap sesuatu agama wajar dihukum dengan hukuman yang keras,” katanya.
Hari ini SKMM dilaporkan mengambil tindakan menutup beberapa laman sesawang dan Facebook anti Kristian.
Menurut Pengerusi SKMM Mohamed Sharil Tarmizi, penutupan itu termasuk laman “Semenajung Malaysia Anti Sabah and Sarawak”.
“Kami menghubungi Facebook (pentadbir) dan beberapa laman berkenaan ditutup,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Katanya, siasatan SKMM terhadap laman Facebook berkenaan masih berterusan.
PAS Sabah membuat laporan polis terhadap laman Facebook yang didaftarkan atas nama “Semenanjung Malaysia Anti Sabah and Sarawak” yang menghina penganut Kristian dan Malaysia Timur.
Gambar menghina penganut Kristian termasuk seekor katak dipaku ke salib menimbulkan kemarahan warga Sabah dan Sarawak.
Dua ahli politik Sarawak mengeluarkan kenyataan bagi meredakan kemarahan penduduk Borneo terhadap sentimen anti Kristian dan anti Malaysia Timur di Semenanjung sambil memberi amaran terhadap cadangan berpisah daripada Malaysia yang disifatkannya sebagai pengkhianat.
Menteri Kabinet Sarawak Tan Sri Dr James Masing berkata tidak perlu perbincangan untuk berpisah daripada Malaysia sebagaimana yang pernah dibangkitkan dalam laman Facebook oleh warga Sabah dan Sarawak.

Aakj ; tajuk aku tu soalan yang tiada niat apa-apa..tak nak tuduh sapa dan tak niat nak RASIS AGAMA..jawab je..kalau silap pertayaan ini maka ambo minta maaf..kalau betul maka anda akan d bongkar hingga ke lubang cacing !!
-Tahniah PERKASA !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger