Home » » "Dasar Cina Menumpang Di Negara Orang" - Tentera Indonesia

"Dasar Cina Menumpang Di Negara Orang" - Tentera Indonesia

Written By Unknown on 10/02/2014 | 8:25 pm

Kereta Dirosakkan Tentera Indonesia Sebab Halang Laluan

SEORANG pemandu di negara jiran menyebarkan di rangkaian sosial miliknya, Path dan Twitter tentang insiden keretanya dirosakkan oleh Tentera Indonesia, 22 Januari lalu.

Menurutnya, kira-kira 10 tentera telah merosakkan kereta Toyota Avanza miliknya dengan sengaja kerana didakwa menghalang laluan ketika mereka dalam perjalanan mahu membantu mangsa banjir.



Selain memecahkan kereta tentera terbabit turut dilaporkan berkata;

” Dasar Cina menumpang di negara orang “.

Dakwaan pemandu ini diperkukuhkan oleh saksi di tempat kejadian yang melihat insiden ini.

Pengusaha kedai berdekatan lebuhraya keluar Tomang menyatakan, kejadian jam 9.30 pagi itu bermula apabila pemandu Avanza enggan memberi laluan kepada empat trak tentera yang sedang berkonvoi melalui lebuh raya tersebut walaupun sudah dihon berkali-kali.

Tidak lama kemudian, salah sebuah trak tentera terus meluru lalu merempuh belakang Avanza yang kemudiannya berhenti di tepi jalan.

Trak tentera yang melanggar ikut sama berhenti tetapi apa yang berlaku, sekumpulan tentera kemudiannya turun lalu mula merosakkan kereta tersebut.

Orang ramai yang menuju ke tempat kejadian diminta tentera Indonesia supaya beredar namun mereka sempat melihat Avanza tersebut dinaiki oleh pemandu lelaki dan seorang penumpang wanita yang kelihatan menangis ketakutan.

Rata-rata pengunjung yang membaca kisah ini di laman web indoboom.com menyalahkan pemandu terbabit atas apa yang berlaku tapi pada masa sama, menyelar tentera Indonesia kerana bertindak ganas terhadap rakyat sendiri.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger