Sebelum ini, terdapat khabar angin tentang Facebook bakal memperkenalkan media sosial terbaru menekankan tentang berita telah berlegar-legar sebelum ini. Fungsinya mungkin seakan-akan Flipboard dan bakal memberikan saingan terhadapnya.
Kini, Facebook pada hari ini telah mengumumkan, Paper dalam projek dibawah seliaan Facebook Creative Lab, membantu pengguna-pengguna berhubung antara satu sama lain.
Seperti juga surat khabar, ia hadir dengan pembahagian mengikut seksyen dan pada bahagian hadapan, ia akan memaparkan News Feed. Ia akan membahagikan bahagian pada photo, video dan juga penulisan artikel.

Ia juga memberikan anda funsgi untuk memilih berita yang anda inginkan sahaja contohnya sains, teknologi, hiburan, politik dan sebagainya mengikut kumpulan.
Selain itu juga, pengambilan kerja yang mahir dalam bidang artificial intelligence jelas mempunyai fungsi dengan pengenalan aplikasi Paper ini memandangkan aplikasi ini menggunakan algoritma yang membolehkan ia mengetahui sama ada berita yang dipamerkan diminati oleh pembaca ataupun sebalik.
Pihak Facebook juga mengesahkan aplikasi ini bakal diperkenalkan pada iOS pada 3 Februari 2014 akan datang dan buat sementara waktu, ia hanya untuk pengguna di Amerika Syarikat dan tiada pengesahan untuk pengenalan aplikasi ini kepada pengguna Malaysia.
TheNextWeb

Post a Comment