Home » » Lagi..Video Klip Babak Seks Di Sebar-Durasi 4 Minit

Lagi..Video Klip Babak Seks Di Sebar-Durasi 4 Minit

Written By Unknown on 31/01/2014 | 12:00 pm

videophoneporn

Seorang perancang kewangan yang didapati bersalah memuatnaik dua petikan babak seks bekas teman wanitanya selepas mereka memutuskan hubungan dihukum penjara 10 minggu semalam.
Tertuduh yang berusia 25 tahun mengaku bersalah menggunakan menggunakan aplikasi elektronik memuatnaik babak dia dan bekas teman wanitanya yang berusia 24 tahun sedang melakukan seks oral, menurut laporan Straits Times Singapura.
Babak itu dimuatnaik ke laman web porno antarabangsa Xhamster pada Ogos lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Chee Ee Ling memberitahu mahkamah bahawa pasangan itu ketika kejadian sedang menikmati percutian di Batam, Indonesia pada bulan Jun tahun 2012 apabila wanita itu memberi izin merekod dua babak itu menggunakan telefon pintarnya.
Setahun kemudian, wanita itu bertindak memutuskan hubungan cinta mereka dan akibat marah tertuduh memuatnaik rakaman video berkenaan ke internet.
Pada 11 Oktober tahun lepas, rakan mangsa memaklumkan kepadanya berkenaan video itu di laman porno berkenaan.
Mangsa mengenalpasti nama samaran yang digunakan individu yang memuatnaik rakaman itu yang merupakan bekas teman lelakinya.
Setiap rakaman itu berlangsung selama tiga hingga empat minit dan telah berada di internet lebih daripada dua bulan, menurut Chee.
Mangsa meminta tertuduh membuang semua rakaman video tetapi ia hanya dilakukan selepas tiga hari.
Chee meminta mahkamah menjatuhkan hukuman sekurang-kurangnya tiga minggu penjara kerana dalam video berkenaan wajah mangsa jelas kelihatan dan ini menyebabkan mangsa berasa malu dan reputasinya musnah disebabkan rakaman itu.
Tertuduh dalam rayuannya berkata kesalahan itu merupakan kali pertama dilakukannya dan dia berasa bersalah ke atas apa yang telah dilakukan.
Tertuduh boleh dihukum penjara maksium tiga bulan dan boleh didenda.

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger