Petaling Jaya: Dua pelajar pusat pengajian tinggi swasta di Lembah Klang adalah antara 11 wanita warga asing yang ditahan selepas didapati bekerja sebagai GRO dalam serbuan ‘Op Noda’ di sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari, malam kelmarin.
Dalam serbuan jam 11.45 malam itu, semua wanita berkenaan sedang melayan pelanggan dan tidak menyedari premis itu diserbu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, daripada sembilan individu wanita terbabit, lima individu adalah warga Thailand, empat Vietnam dan masing-masing seorang warga Iran serta Filipina.
Katanya, sembilan wanita warga asing berkenaan didapati mempunyai pasport, tetapi masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan.
“Semua GRO terbabit akan disiasat mengikut Akta Imigresen kerana berkerja tanpa permit yang sah,” katanya. (myMetro)
foto hiasan
Post a Comment