BEKAS ADUN Kajang Lee Chin Cheh (Gambar) hari ini memohon maaf kepada pengundi Kajang kerana tidak dapat menunaikan janji untuk terus mentadbir kawasan tersebut.
Lee berkata keputusan tersebut diambil bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil di situ.
Menurutnya, langkah itu dilakukan untuk membuka laluan kepada Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.
“Saya minta maaf kepada rakyat tidak dapat menunaikan janji terus mentadbir di Kajang.
“Saya membuat keputusan untuk kepentingan bersama bukan hanya kepada PRK tetapi untuk Pakatan Rakyat umumnya.
“Langkah ini akan melangkah dengan lebih dekat kepada misi mendapatkan Putrajaya,” katanya ketika taklimat pilihan raya kecil Kajang di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, Kajang, memetik laporan Malaysiakini.com.
Lee turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Kajang kerana memilih beliau sebagai ADUN dalam pilihan raya umum lalu.
mynewshub
Post a Comment