Home » » Petronas Nafi Kunci Pejabat Tun Mahathir Di KLCC

Petronas Nafi Kunci Pejabat Tun Mahathir Di KLCC

Written By Unknown on 10/01/2014 | 9:32 am

Petronas NAFI Kosongkan, Kunci Pejabat Dr. Mahathir Di KLCC!

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menyangkal dakwaan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bahawa ia mengambil tindakan mengosongkan pejabat Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan pengumuman hasrat beliau untuk meletak jawatan sebagai penasihat.
Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata sepanjang pengetahuan syarikat itu, Dr Mahathir masih merupakan penasihat Petronas dan mengekalkan pejabatnya di Menara Berkembar Petronas.
“Petronas amat menghormati dan memandang tinggi Dr Mahathir atas sumbangannya bukan hanya kepada syarikat ini tetapi kepada negara,” katanya.
Syarikat minyak negara itu menjawab laporan sebelum ini oleh MTEM, yang berkata ia diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai dari Petronas dan dari pejabat Dr Mahathir bahawa Petronas telah memalukan bekas perdana menteri itu dengan mengosongkan dan mengunci pejabat beliau di KLCC dalam tempoh 24 jam selepas beliau mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan sebagai penasihat.
“Petronas dengan tegas mengecam kenyataan berniat jahat MTEM yang membuat dakwaan palsu atas sebab-sebab yang boleh dipersoalkan.
“Keputusan mengenai hal yang berkaitan dengan pelantikan atau peletakan jawatan penasihat Petronas adalah prerogatif Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan di luar bidang kuasa Petronas,” kata kenyataan itu. 

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger