Akhir-akhir ini, Malaysia diasak dengan begitu hebat oleh berbagai
pertubuhan (NGO) yang mewakili fahaman liberal. Selain memakai nama NGO, mereka juga
turut berjuang melalui politik secara tidak langsung. Kita dapat melihat sendiri bagaimana
parti seperti PKR dan DAP turut memberi sokongan kepada perjuangan liberal
NGO-NGO ini.
Bagi memberi ‘impak’ kepada perjuangan mereka, golongan berfahaman
liberal ini telah memilih untuk menubuhkan kerjasama yang diberi nama
COMANGO. Kononnya, dengan
menunjukkan yang begitu banyak NGO yang turut membawa suara yang sama maka ia
bermakna mereka mewakili jumlah rakyat Malaysia yang ramai.
Hakikatnya, hampir kesemua NGO yang disenaraikan diwakili oleh
muka-muka yang sama. Malah,
muka-muka yang sama juga turut berada dalam parti politik pembangkang
tadi. Ini menunjukkan yang
mereka sebenarnya tidak mewakili seramai mana rakyat Malaysia, tetapi hanya
segelintir sahaja yang sama ada benar-benar berpegang kepada fahaman liberal,
ataupun sekadar membenci Islam dengan sepenuh hati.
Oleh kerana COMANGO turut menjulang demokrasi, maka COMANGO
seharusnya faham bahawa kerajaan
tidak boleh mengutamakan tuntutan mereka yang hanya mewakili segelintir rakyat
sedangkan ianya bertentangan dengan pegangan majoriti.
Namun, jelas COMANGO gagal memahami konsep demokrasi yang
dilaung-laungkan mereka sendiri.
Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh COMANGO adalah haram
menurut Islam. Contohnya,
hak LGBT dan hak umat Islam untuk murtad.
Mungkin kerana COMANGO gemar memperjuangkan perkara haram, maka
pertubuhan itu juga lebih selesa untuk wujud secara haram. COMANGO tidak berdaftar dengan ROS
atas alasan ia sebuah kerjasama dan tidak perlu berdaftar.
Bukan sahaja COMANGO itu haram tetapi rakan sekutu mereka seperti
SUARAM juga haram. Malah,
Pakatan Rakyat yang ‘mesra’ COMANGO juga terbentuk secara haram iaitu tidak
pernah berdaftar. Tidak
cukup dengan itu, salah satu parti sekutu pakatan itu, iaitu DAP juga ditadbir
oleh jawatankuasa haram!
Sebuah perjuangan haram, yang diterajui oleh kerjasama haram di
kalangan kumpulan yang juga haram atau separa haram tentulah tidak layak untuk
mempertikaikan undang-undang yang sah, apatah lagi agama.
COMANGO kononnya memperjuangkan hak asasi manusia tetapi di masa
yang sama ia mempertikai hak Islam dan umat Islam ke atas agamanya dan
negaranya. COMANGO
seolah-olah ingin semua manusia mengikut ‘kepala-otak’ mereka dalam menentukan
peraturan hidup di dunia.
Sedangkan dunia ini telah pun dijadikan dengan peraturan. Kitaran planet di atas paksi
masing-masing, kejadian malam dan siang malah aliran darah di dalam tubuh
manusia juga mengikut peraturan yang tepat dan sempurna. Sekiranya ditukar atau berubah, maka
bencanalah jawabnya. Ini
adalah logik akal yang turut ditekankan dalam agama Islam.
Oleh itu, Islam menetapkan hukum yang tepat dan sempurna juga
untuk kehidupan manusia di mana lelaki pasangannya perempuan bukan lelaki
dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Sekiranya hukum ini diabaikan maka ia
bakal membawa bencana dalam masyarakat iaitu keruntuhan moral dan penyakit yang
mampu berjangkit dan berterusan dalam susur galur keturunan.
Dalam COMANGO mendabik dada sebagai berfikiran terbuka, fikiran
mereka sebenarnya tertutup kerana enggan menerima pendapat dan pandangan orang
lain. Otak mereka langsung
tidak mampu menerima sebarang maklumat berbeza dari pendapat mereka kerana
merasakan mereka telah tahu segala-galanya. Akhirnya, tinggallah mereka di
alam yang sempit kononnya mencapai puncak tamadun walhal, apa yang
diperjuangkan mereka adalah bertentangan dengan tamadun.
COMANGO terus berdiri megah konon diperakui oleh pertubuhan hak
asasi antarabangsa dan atas sebab itu mereka tidak perlu berdaftar. Bagaimanapun, kenyataan COMANGO ini
hanya menguatkan lagi bukti bahawa mereka membawa agenda asing yang
bertentangan dengan aspirasi negara.
Tindakan memaksa ajaran dan fahaman asing ke atas
Malaysia membuktikan hipokrasi COMANGO. Ini
kerana jika benar berpegang kepada hak asasi dan kebebasan, kenapakah Malaysia
tidak boleh dibiarkan bebas membentuk negara mengikut acuan Islam?
Apakah Malaysia dan umat Islam tidak mempunyai hak asasi?
Post a Comment