Tindakan laman portal The Malaysian Insider (TMI) menulis laporan berkenaan ada pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penyokong parti Umno khususnya Ketua Bahagian demi mempertahankan dirinya dari serangan pengkritik berniat jahat dan tiada asas kebenaran.
Menurut laporan itu, Najib malam ini, akan memulakan langkah mempertahankan diri daripada serangan yang tidak henti-henti diterimanya sejak bulan lepas selepas pemilihan Umno pada Oktober tahun lalu.
Pertemuan itu menurut TMI adalah diadakan untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.
Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Perdana Menteri, tiada pertemuan seumpama itu akan diadakan pada malam ini.
“Perdana Menteri tidak ada apa-apa program pun dalam jadual beliau untuk malam ini,” kata sumber berkenaan kepada Mynewshub sebentar tadi.
Oleh itu, para penyokong Umno tidak perlu berasa bimbang dengan penerbitan laporan berkenaan kerana Perdana Menteri yang juga Presiden Umno kini sedang menjalankan tugasnya seperti biasa dalam pentadbiran negara.
Najib dipilih sebagai Presiden UMNO kukuh selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan lepas.
Mandat beliau sebagai Presiden Umno adalah sehingga tahun 2016 manakala mandat kerajaan Barisan Nasional ada sehingga tahun 2018 sebelum penggalnya tamat.
Perkara berkaitan Najib bermula apabila Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli di laman blognya berkata tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang adalah sebagai satu strategi untuk menghadapi kerajaan persekutuan jika Najib jatuh.
Ini kerana selepas itu Rafizi kata, kerajaan bakal diambil alih oleh Mahathir dan kepimpinan Anwar diperlukan di negeri Selangor untuk menguatkan peluang Pakatan Rakyat mendapat Putrajaya.
Tindakan laporan laman portal berbaur pembangkang The Malaysian Insider ini dilihat adalah usaha Anwar mengalihkan pandangan masyarakat daripada memberikan komen negatif kepada tindakan PKR mengadakan pilihan raya kecil untuk Anwar di Kajang.
Selain itu, tumpuan masyarakat terhadap kes permohonan cerai anaknya Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga perlu dialihkan. – KUMBANG WIRA/Mynewshub.my
Aakj ; Zaid nak tengok saja ke..
Post a Comment