Home » » Pelihara Anak Itik Bawah Janggut

Pelihara Anak Itik Bawah Janggut

Written By Unknown on 17/01/2014 | 6:00 pm

itik

Seorang lelaki menjadikan seekor anak itik sebagai `anak angkat’ dan menggunakan jambangnya untuk memastikan binatang tersebut sentiasa panas.
Brian Doss, 33, telah menyelamatkan `Peeps’ selepas anak itik itu ditemui di tepi rumahnya di Athens.
Doss kemudiannya cuba menyelamatkan anak itik itu namun dia gagal menemui kandang untuk menempatkan binatang berkenaan yang baru menetas itu.
“Saya cuba mencari tempat untuk membolehkan itik ini mendapat haba tapi saya gagal mencarinya, Lalu saya meletakkannya di bawah janggut saya,’’ katanya.
Mnurut Doss, dia menghabiskan masa selama 24 jam untuk tempoh selama dua minggu dengan menjaganya dan memastikan ia sentiasa mendapat haba di bawah janggutnya.
Peeps kini tidur di sebelah Doss dan turut berenang di dalam kolam mandi sendiri.
Doss menceritakan pengalamannya itu di dalam blognya dan kini ia menjadi sensasi internet.-newshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger