Home » » DAP Makin Kuat Di Johor, Islam Makin DiPijak ?: Guru Mualaf Dipaksa Buka Tudung

DAP Makin Kuat Di Johor, Islam Makin DiPijak ?: Guru Mualaf Dipaksa Buka Tudung

Written By Unknown on 17/01/2014 | 6:19 pm

Susulan kes seorang guru mualaf di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor diarahkan membuka tudung dan diancam keselamatannya;  pentadbiran sekolah berkenaan membuat satu permohonan maaf secara terbuka, hari ini.

Susulan kes seorang guru mualaf di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor diarahkan membuka tudung dan diancam keselamatannya; pentadbiran sekolah berkenaan membuat satu permohonan maaf secara terbuka, hari ini.

Permohonan maaf dibuat Pengerusi Lembaga Pengurusan sekolah terbabit, Pang Ah Ngang, 72, dan Guru Besar, Chiew Swee Tuan di hadapan guru mualaf terbabit yang dirahsiakan nama Islamnya, Choi Yi Shan, 25, di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama, Kota Tinggi.
Turut hadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman dan Penghulu Mukim Johor Lama, Mohd. Nazri Kasmin.

1524730_10202969839836786_395997003_n

Semalam, Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideen mengeluarkan kenyataan memberi tempoh selama 24 jam kepada ahli jemaah pengurus SJKC Nan Ya untuk memohon maaf kepada umat Islam negara ini.
Selain itu, beliau turut mendesak agar Guru Besar sekolah terbabit dipecat kerana gagal memahami sensitiviti umat Islam negara ini.
Sementara Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim pula dalam satu kenyataan media turut melahirkan dukacita terhadap insiden ini namun beranggapan ucapan maaf sahaja tidak cukup untuk menyelesaikannya.
“Kes ini tidak boleh diselesaikan sekadar permohonan maaf daripada pihak berkenaan kerana ia melibatkan keselamatan awam. PPUNJ juga berasa amat kesal dengan sikap berdiam diri Guru Besar sekolah terbabit yang seolah-olah merestui tindakan terkutuk itu.”
“Kami mendesak Kementerian Pelajaran agar mengambil tindakan tegas terhadap Guru Besar sekolah tersebut, bersesuaian dengan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan kes seumpama ini tidak berulang lagi,” tegas Hahasrin yang dipetik Astroawani.com.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger