SIDANG media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sedikit ‘panas’ apabila ada wartawan yang mempersoalkan mengenai pilihan raya kecil yang bakal diadakan nanti.
Wartawan tersebut bertanya, "apakah perlu ada pertukaran calon dalam PKR dan pilihan raya kecil kerana kebiasaanya ia berlaku apabila ahli di sesebuah kawasan meninggal dunia"
Tidak senang dengan soalan itu, Anwar menjawab:
“Ini kali pertama saya dengar orang berhenti sebab meninggal dunia (sahaja). You dari mana? TV3?
“Berpuluh-puluh kes pilihan raya kecil diadakan atas sebab sama ada meletakkan jawatan atau diberhentikan atau bersara. Apasal kes ini kena tunggu meninggal dunia?”
Dalam pada itu, Penasihat PKR itu berterima kasih dengan bekas ahli DUN Kajang, Lee Chin Cheh yang dikatakan meletakkan jawatan dengan alasan sudah tiba masanya untuk meningkatkan lagi prestasi PKR dan Pakatan Rakyat pada masa akan datang.
Sementara itu, dek kerana terlalu ramai pihak media yang hadir untuk sesi tersebut, ada yang terpaksa menunggu di luar kerana keadaan ruang yang begitu terhad.
Sidang media tersebut juga tidak menyaksikan kelibat Datuk Seri Dr. Wan Azizah yang biasanya menemani Anwar kerana dikatakan kurang sihat hari ini. – Mynewshub.my
Post a Comment