Home » » #N25Kajang ; Parti Sosialis Akan Turut Bertanding Di Kajang

#N25Kajang ; Parti Sosialis Akan Turut Bertanding Di Kajang

Written By Unknown on 29/01/2014 | 12:03 pm


Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendedahkan bahawa mereka tidak menolak kemungkinan akan bertanding di Kajang selepas perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh, semalam.
Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan berkata bahawa terdapat banyak pihak yang mencadangkan supaya parti tersebut bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang untuk “mengajar PKR”.
Beliau berkata,”dalam tempoh 24 jam, kami banyak menerima panggilan telefon terutamanya daripada pengundi muda dan NGO mencadangkan agar parti ini bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang untuk mengajar PKR”.
“PSM akan merujuk semula semua maklum balas yang diterima dan membuat keputusan bersama ahli parti. Buat masa ini, kami tidak mengenepikan sebarang kemungkinan,” tambah beliau lagi.
Hari ini, PKR telah membuat pengumuman bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding untuk kerusi Kajang yang dilihat sebagai cubaan beliau untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. – The Star
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger