Home » » #N25Kajang ; Pas Makin Celaka, Berani Minta Calon MB?

#N25Kajang ; Pas Makin Celaka, Berani Minta Calon MB?

Written By Unknown on 29/01/2014 | 10:00 am

Photo: #n25kajang : dah tak sabar nak jatuhkan MB? Haha sandiwara Pas..buat2 marah..hulur duit..senyap kahhhh kahhhh

MAKIN parah dah suhu politik di Selangor sekarang.
Di saat Anwar Ibrahim sedang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor, makin ramai pula yang membidas dan menentang perkara itu.
Paling tragis, ia datang dari mulut rakan-rakannya sendiri dalam Pakatan Rakyat.
Pas Selangor sebentar tadi menamakan Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar Abdul Samad sebagai calon utama untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.
Setiausaha PAS Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata isu kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR dan pihaknya hanya akan bertindak sebagai pemerhati selagi isu jawatan MB tidak dikaitkan.
“Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat.
“PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita,” tegas beliau dalam satu kenyataan, Selasa.
Menurut Khairuddin, alasan PAS menghantar calon adalah kerana PAS memiliki jumlah kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.
Untuk rekod, PAS menang 15 kerusi DUN berbanding DAP (15) dan PKR hanya 14 sahaja manakala Barisan Nasional (BN) pula cuma 12 kerusi.
Bagaimanapun katanya keputusan muktamad hanya akan diputuskan oleh kepimpinan pusat.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Pemuda PAS Selangor mengancam untuk memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang sekiranya PKR gagal memberi penjelasan munasabah berhubung peletakkan jawatan tersebut.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata sekiranya PKR gagal berbuat demikian, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen PRK Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR.
“Pemuda PAS Selangor mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP.
“Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat,” tegasnya.
-mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger