Home » » Kalimah Allah ; Zahid Hamidi Atau Jamil Khir Yang Kena Letak Jawatan ?

Kalimah Allah ; Zahid Hamidi Atau Jamil Khir Yang Kena Letak Jawatan ?

Written By Unknown on 11/01/2014 | 3:40 pm


KUALA LUMPUR 10 Jan. - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini membidas dan meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meletakkan jawatan sahaja sekiranya takut bertindak terhadap Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew dan mereka yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung larangan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.

Beliau berkata, Andrew secara jelas telah mencabar keputusan Mahkamah Rayuan dan Yang di-Pertuan Agong apabila dengan megahnya menyatakan semua gereja Katolik di Selangor akan menggunakan kalimah Allah.

“Ini sudah mencabar mahkamah, bahkan mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong. Kenapa itu kita biarkan lagi. Saya tengok dalam televisyen malam tadi, menteri sendiri, Jamil Khir kata, jangan bising-bising, tunggu sahaja keputusan mahkamah.

“Mahkamah sudah buat keputusan, jadi apa lagi hendak tunggu? Kalau sebegitu lemah hendak jadi seorang menteri, saya kata letak jawatanlah," katanya dalam satu program bual bicara agama di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak pagi ini.

Dalam satu sidang akhbar selepas menutup Seminar Pengarah-pengarah Korporat Lembaga Tabung Haji (TH) kali ke-enam di Petaling Jaya, Selangor semalam, Jamil Khir meminta semua pihak mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kalimah Allah.

Sehingga kini, tidak ada satu kenyataan tegas dibuat oleh Jamil Khir berhubung tindakan Andrew menghina keputusan mahkamah dan menderhaka kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu kalimah Allah, sebaliknya beliau berulang kali hanya menyatakan agama adalah di bawah kuasa negeri.

Harussani juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap orang Melayu yang menghadiri perhimpunan solidariti penganut Kristian di sebuah gereja di Klang baru-baru ini kerana tindakan mereka itu seolah-olah menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Hari ini kita lihat apabila isu kalimah Allah ini timbul, Ada orang Melayu, pergi ke gereja di Klang, bawa bunga dan bersama-sama menyanyi. Jadi, orang Melayu menggalakkan benda itu dan sepatutnya orang itu ditangkap," katanya.

Menurut beliau, isu kalimah Allah bukan sesuatu yang baharu tetapi telah dibincangkan sejak 1980-an lagi dan sebuah pertubuhan Islam liberal antara yang memperjuangkan kalimah tersebut digunakan oleh bukan Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Harussani berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah minggu lalu adalah sah kerana mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 yang telah disahkan oleh kerajaan negeri dan diterima oleh raja.

Sebaliknya, kata beliau, dua arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada JAIS adalah tidak sah kerana beliau membatalkan perintah undang-undang dengan tidak membawa ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri untuk dibatalkan.

“Ini satu penentangan terhadap raja sendiri dan perbuatan itu cukup tidak beradab. Ini kerana enakmen itu telah diperintahkan oleh sultan yang menjadi ketua agama dan Islam diletakkan di dalam Perlembagaan sebagai agama Malaysia," katanya.

Aakj ; Kes Kereta mewah Guan Eng SPRM sepi..kes himpunan babi guling..Zahid tak tegas..bila nak tangkap penganjur?

Klik d SINI

sumber

foto hiase
Share this article :

+ comments + 1 comments

1/12/2014 12:27 pm

Ketiga-tiga mahluk durjana ini harus step down.....semua Menteri ini mcm keldai dan x berfungsi sebab dalam jadi mcm lembu kena cucuk hidung dengan DAPig....melayu sudah mula jadi penakut untuk pertahankan mertabat dan maruah islam....HANCUR NEGARA.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger