Home » » Foto Amaran !! Jangan Jadikan Diri Kita Lembu...

Foto Amaran !! Jangan Jadikan Diri Kita Lembu...

Written By Unknown on 11/01/2014 | 2:30 pm

rumput

Pretoria – Seorang lelaki di Afrika Selatan, Lesego Daniel telah menerima kecaman daripada orang ramai melalui media sosial selepas dia mengarahkan pengikutnya makan rumput bagi mendekatkan diri dengan tuhan.
Kaedah kontroversi itu mendapat kritikan selepas Daniel mendakwa manusia boleh makan apa sahaja untuk hidup asalkan mereka mahu makan.
Ada pengikutnya yang mendakwa penyakit yang mereka alami sembuh selepas makan rumput itu.
Hakikat sebenarnya ramai yang sakit perut malah ada yang mengalami muntah-muntah akibat makan rumput tersebut.
“Adakah ini lakonan…tidak mungkin ia benar-benar berlaku. Tuhan mencipta haiwan untuk mengunyah rumput manakala manusia pula makan haiwan tersebut.
“Mana-mana pihak yang menukar perkara tersebut pastinya bukan melakukannya demi tuhan.
“Kenapa dia menekan orang ramai. Ini bukan perbuatan manusia. Mengejutkan.’
Itu antara komen kecaman yang diterima oleh Daniel susulan tindakannya yang meminta pengikutnya makan rumput.
Daniel bagaimanapun tidak mempedulikannya sebaliknya memberitahu bahawa dia boleh membuatkan orang ramai tidur.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger