LAMAN blog Katolik Malaysia christianunited4malaysia.blogspot.com dikesan menggunakan kalimah Allah dengan cara mengelirukan pada permulaan laman blog mereka.
Di bawah tajuk besar ‘Christian United 4 Malaysia’ diletakkan gambar burung merpati putih dengan kata-kata “Catholic United For Malaysia A New Hope, In Allah We Trust’.
Ia membawa maksud ‘Katolik Bersatu Untuk Malaysia, Sebuah Harapan Baru, Pada Allah Kami Yakin’. Jika seorang Muslim yang masih lemah pegangan akidahnya sudah pasti terkeliru dengan kata-kata yang dipaparkan di blog berkenaan.
Tidak dapat difahamkan dengan jelas bagaimana penggunaan kalimah Allah dapat membantu perjalanan agama Kristian sedangkan selama ini ia bebas diamalkan di seluruh semenanjung tanpa ada penggunaan kalimah itu.
Pihak bertanggungjawab harus segera menyiasat perkara ini kerana ia jelas bertujuan mengelirukan umat Islam.
Di dalam blog berkenaan juga banyak artikel yang berupa menyebarkan faham Kristian seperti, ada artikel yang berkata sudah tiba masanya di Malaysia Perdana Menterinya seorang penganut Kristian.
Menurut laman blog itu impian itu boleh dicapai kerana seorang Ketua Bahagian Umno Penampang iaitu Datuk John Ambrose adalah seorang penganut Kristian dan satu-satunya di Malaysia.
Artikel itu juga menyebut terdapat kemungkinan besar bahawa Presiden Umno kelak bakal datang dari penganut Kristian dan jika sudah menjadi Presiden Umno sudah pasti individu itu akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. – MYNEWSHUB.MY
Post a Comment