Home » » Air Suam Naik 70 Sen Segelas : Rancangan Jahat Peniaga Kumpulan Guling Kerajaan ?

Air Suam Naik 70 Sen Segelas : Rancangan Jahat Peniaga Kumpulan Guling Kerajaan ?

Written By Unknown on 03/01/2014 | 8:00 am

Air Suam Pun Dah Naik Harga?

Masuk tahun baru, antara yang dibisingkan di sana sini adalah kenaikan harga minyak dan tol.
Hal ini kerana kenaikan dua perkara ini akan membawa pula kepada kenaikan harga barang, perkhidmatan dan macam-macam lagi kos kehidupan harian.
Sesetengah peniaga pula macam mengambil kesempatan daripada perkara ini sampaikan sesetengah perkara pun dicaj secara melampau.
Macam harga bagi segelas air suam, sesetengah orang mungkin berasakan 70 sen biasa sahaja tapi tidakkah ia agak keterlaluan jika dibandingkan dengan kenaikan harga minuman manis yang relevanlah juga dengan kenaikan harga gula.
Apa pun tepuk dada tanya selera. Pandai-pandailah sesuaikan kehidupan anda dengan gaji bulanan.
Kalau tak, alamatnya ikat perut menjelang gaji berikutnya…
-mynewshub

Aakj ; Tak dinafikan rakyat nak kerajaan paksa semua peniaga turunkan harga barang, perkhidmatan dan sewa tapi adakah kerajaan mempunyai kuasa utk melakukannya. Kuasa pasaran lagi kuat. Kuasa pengguna pun kuat utk membuat pilihan ke atas barangan dan perkhidmatan. Kuasa kerajaan hanya kuat pd barang kawalan...samalah dengan harga rumah dan sewa rumah atau kondo..kerajaan mana pun dalam dunia ni tak ada kuasa halang pemiliknya..


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger