PULAU PINANG 3 Jan. – Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait menyifatkan dakwaan kerajaan negeri mendapat potongan harga sebanyak RM100,000 daripada ahli perniagaan, Tan Sri Tan Kok Ping bagi pembelian kereta jenis Mercedes-Benz S300L sebagai fitnah dan tuduhan tidak berasas.Menurut beliau, diskaun itu ditawarkan oleh pembekal kenderaan jenis Mercedes di seluruh negara dan boleh dinikmati mana-mana pihak yang berminat membeli kenderaan tersebut.Dalam masa sama, tambahnya, pembelian Mercedes-Benz S300L sebagai kenderaan rasmi Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga dibuat selepas mendapat pengecualian cukai dan diskaun sebanyak 56 peratus.“Ketua Menteri Pulau Pinang memang layak menggunakan dua buah kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes Benz S300.“Beliau kini menggunakan sebuah kereta sahaja iaitu Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 berbanding harga asal RM657,218,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140104/po_04/Kok-Ping-tidak-terlibat#ixzz2pUK1RElc
© Utusan Melayu (M) Bhd
Baca juga d SINI
Post a Comment