Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan berbogel bersama seorang wanita dipercayai kekasihnya dalam sebuah kereta di premis kedai Bandar Cyber di sini kira-kira jam 9 malam tadi.
Mangsa berusia 58 manakala wanita berkenaan berusia 51 tahun ditemui ahli keluarga di pejabatnya di sini.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam ketika ditemui berkata isteri mangsa membuat laporan polis selepas suaminya tidak pulang ke rumah sejak 6 petang semalam.
"Isteri mangsa kemudian pergi ke pejabat berkenaan sebelum menjumpai mangsa bersama seorang wanita dalam sebuah kereta model proton wira dengan enjin kenderaan masih hidup."Sebelum melaporkan kejadian kepada polis," katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan.
Siasatan menyeluruh membabitkan kejadian termasuk bedah siasat akan dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
Post a Comment