Home » » Cina Kurang Ajar Lagi!!Promosi Nasi Lemak RENDANG BABI Di Akhbar…

Cina Kurang Ajar Lagi!!Promosi Nasi Lemak RENDANG BABI Di Akhbar…

Written By Unknown on 16/01/2014 | 3:00 pm

Iklan Nasi Lemak Rendang Babi Di Akhbar



Babi merupakan binatang yang amat sensitif buat masyarakat Islam.
Begitu pun, dagingnya diakui sebagai makanan biasa bagi orang bukan Islam. Diketahui umum, banyak restoran bukan Islam menyajikan daging babi dalam menu mereka terutama dikenali sebagai bak kut teh. Sudah tentu, perkara ini tidak perlu dijadikan isu kerana ia adalah hak sesiapa sahaja untuk makan makanan kegemaran masing-masing.
Namun apabila daging babi dijadikan makanan yang sinonim dengan masyarakat Melayu iaitu rendang yang dimakan bersama nasi lemak, ia mungkin boleh membuatkan tekak sesetengah orang berasa mual.
Sebenarnya tak salah pun jika daging babi dijadikan rendang dan dimakan dengan nasi lemak mahu pun hidangan Melayu seperti ketupat sekali pun, tapi sebaik-baiknya tak usahlah ia dipaparkan secara terbuka kepada seluruh masyarakat seperti iklan di atas.
Iklan sebuah restoran yang bangga menggunakan motto ‘The Best Nasi Lemak In Town – Fusion of Malay and Chinese’ ini dipaparkan di sebuah surat khabar tempatan.
Antara yang dipromosikan adalah kari ayam Nyonya, sambal udang, ayam goreng rangup dan RENDANG BABI untuk dimakan bersama nasi lemak lazat mereka.
Maaf cakap, kebanyakan orang Islam yang terlihat iklan ini pasti akan serta merta berasa mual dan tidak lalu untuk makan nasi lemak sehari dua ini. Dalam erti kata lain, inilah maksudnya sensitiviti yang perlu dijaga agar tidak mendatangkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat-newshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger