Ada yang terus salahkan SKMM..walhal SKMM bukannya tak buat kerja..malah ada yang d heret ke muka pengadilan kerana isu ini..
Pening bila lihat kes Artis ada, guru juga terlibat malah mereka yang bergelar ustaz pun terheret sekali dalam kancah yang sungguh menjijikkan ini.
Remaja jangan ceritalah, terutama yang baru nak ‘kenal dunia’.
Percayalah tiada mekanisma yang boleh membendung masalah ini kecuali individu itu sendiri.
Hubungan seks adalah suci jika terjalin di kalangan mereka yang berkahwin tetapi pada masa yang sama, ia adalah rahsia yang perlu disimpan dan haram untuk didedahkan, apatah lagi untuk tontonan umum.
Paling membimbangkan, sudah ada kecenderungan di dalam masyarakat kita yang berbangga bila melihat aksi seks mereka didedahkan…lihat saja pasangan Alvin dan Vivan.
Mungkin inilah yang dikatakan manusia akhir zaman…kemaluan sudah boleh dijadikan tontonan!
Sumber: http://mynewshub.my/
Foto Hiasan je tu
Post a Comment