Sebelum ambo tulis panjang sikit..ambo nak minta maaf dengan Ustaz Kazim dan peminat-peminat beliau..jangan latah..ni sekadar pandangan ambo..
Semalam berita Ustaz Kazim menolak tawaran UMNO untuk jawatan Majlis Kerja Tertinggi UMNO menjadi topik hangat..apalagi sempena persidangan tahunan UMNO d PWTC..ada yang gembira sebab Ustaz Kazim tolak..ada ahli UMNO yang kecewa..tapi kalau tanya ahli Pas dan puok kera..malam tadi mereka mungkin dah mabuk air sejuk..terbahak..terguling d lantai..gembira tahap babi..rancangan mereka dan hasrat mereka berjaya..Kazim tak join UMNO....
Alasan yang Ustaz Kazim berikan ;
"Komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah"
Kawan-kawan tanya ambo..tanya tentang perasaan..apakah ambo kecewa dengan berita ini..ambo jawab TAK..kita nak kecewa apa..kita dah offer yang terbaik tempat tu untuk dia..SAF KEPIMPINAN KUMPULAN MELAYU ISLAM TERBESAR DI DUNIA..mungkin dia tak nampak..Allah swt beri 'nampak' bukan kepada semua orang..siapa yang terima kerja DAKWAH Nabi saw? Bukan semua orang kaya Mekah..bukan semua orang cerdik pandai Mekah..yang HAMBA ABDI pun ada terima ketika itu..
Tak perlulah ambo nak terang panjang lebar sejarah manusia menerima KERJA NABI ketika itu..ambo bukannya ngaji tinggi seperti Ustaz Kazim..sekadar nak bagitahu..kerja Dakwah manusia ni Nabi saw dah warisi kepada kita umat Islam..TIADA NABI lagi selepas Nabi saw..tu sebab ada Hadis.."Kita Ummat Yang Terbaik..yang d keluarkan untuk Manusia..ajak manusia kepada Allah dan cegah manusia kufur padaNya.."
Iblis juga bertungkus lumus buat DAKYAH..guna siapa saja sebagai EJEN untuk sesatkan manusia..Iblis tak suka manusia pergi jumpa manusia lain atas nama Islam..atas maksud ajak manusia lain kembali kepada Islam..Ustaz Kazim mungkin terlupa..Pas bukan Islam..apakah kerana hinaan dari puok kera ni maka Ustaz Kazim tafsir.."parti Islam" tak suka dia buat kerja mulia dalam UMNO?
Apakah Ustaz Kazim buat penilaian melalui kaedah "betapa ramainya" warga Facebook hina dia kerana isu ini maka dia buat keputusan untuk tidak terima jawatan MT UMNO?
Tak perlulah ambo nak refresh tentang perjuangan Nabi saw dan Sahabat..apa yang mereka lalui..tak perlulah ambo nak ceritakan Sahabat Nabi saw d siksa..bukan setakat d maki hamun..ada yang SYAHID...badan Sahabat dan Sahabiah berkecai hancur..d siksa..hanya kerana INGIN membantu Nabi saw..
Perlu ke ambo cerita d sini bagaimana Nabi terima hinaan?
Perlukah ambo tulis bagaimana kisah Keluarga Baginda saw dan Sahabat d caci maki..d lempar najis binatang ke muka hanya kerana nak ajak manusia lain kepada HAK?
Tak perlulah ambo terangkan konsep AIR dan GULA dalam gelas..takkan ambo nak ceritakan kiasan ini..kita pun tak tahu bila gula d ceduk..sudu keberapa yang maniskan air dalam gelas tersebut dan tak tahu putaran sudu yang ke berapa menyebaabkan air itu manis..ini bukan hadis..ini hanya cerita Ulama Mukhlisin..kata-kata Ulama muktabar..
Takkan ambo nak tulis cerita Nabi saw keluar rumah d waktu pagi dengan berjubah putih bersih dan pulang waktu petang dengan jubah yang d penuhi kekotoran akibat d lempar najis oleh kafir Mekah ketika itu..bukan pulang dengan bawa buah tangan pada keluarga..Nabi saw dan Sahabat berlapar demi agama..takkan ambo nak tulis hal ni bagi Ustaz Kazim baca..dia sapa..ambo sapa..
Jauh sekali ambo nok tulis adakah Nabi saw dan Sahabat tinggalkan ahli keluarga mereka d kampung halaman, minta orang lain jaga supaya tak terima hinaan dari kafir Mekah? Nabi saw dan Sahabat tinggalkan keluarga kepada ALLAH demi DAKWAH !!..
Tak perlulah ambo tulis kalau Nabi dan Sahabat terkesan dengan hinaan dan cacian kafir Mekah ketika itu dan give-up dah nak Dakwah manusia pada Allah..YAKINLAH hari ini kita sembah busut jantan atau mungkin sembah apa saja yang kita rasa boleh penuhkan poket kita..kalau Nabi saw dan sahabat tidak buat pengorbanan !! Mana boleh ambo tulis gitu..ambo sapa..
Hak UMNO dah d tunaikan..UMNO dah tawarkan medan yang begitu luas..Hak Ustaz Kazim menolak..itu hak dia..orang kampung kata kena hormatlah keputusan dia..tapi ambo nak ulang..JANGAN KATA UMNO TAK OFFER...tu saja..
Kepada puok kera yang perangai seperti kafir Mekah d Zaman Nabi saw dan Sahabat..TAHNIAH..KERJA IBLIS anda permudahkan..iblis takut makin ramai hamba Allah meninggal dengan Kalimah Tauhid..
Bagi ambo..UMNO sebagai medan perjuangan..platform..bukan sekadar parti politik..kita guna UMNO untuk perjuangkan Islam..bukannya guna Islam untuk perjuangkan Politik !!
Pesan Tok Guru ambo..Allah akan guna siapa saja dan apa saja untuk sebarkan AgamaNya..untuk pertahankan AgamaNya..tak perlu ambik cermin untuk lihat siapa kita..renung dengan mata hati..bukan dok dalam jamban dan renung nasib diri..
+ comments + 1 comments
Satu tulisan yg amat terkesan di hati... TQ AAKJ..
Post a Comment