Home » , » Tol Naik ; Ada Jalan Pintas

Tol Naik ; Ada Jalan Pintas

Written By Unknown on 17/12/2013 | 8:00 pm



Isu kenaikan tol dan elektrik menjadi topik yang dimanipulasikan pembangkang. Mereka menuduh kerajaan Barisan Nasional sebagai zalim dan kejam melampau terhadap rakyat. Ini secara tidak langsung menutup segala kekejaman sebenar yang telah dan sedang dilakukan oleh pembangkang.


Kegagalan para pemimpin Barisan Nasional menjawab isu juga antara sebab kejayaan tuduhan dan fitnah pembangkang. Para pemimpin yang tidak layak sepatutnya memberi ruang kepada mereka yang lebih berkebolehan. Sekarang merupakan zaman peperangan tegar di alam maya dan nyata. Hanya mereka yang berkebolehan dan kuat sahaja mampu menggalas tanggungjawab sebenar.


Isu pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi juga dimanipulasi.


Walaupun konsesi lebuh raya akan menyemak kadar selari dengan jumlah penggunaan untuk projek pada masa depan namun pembangkang tetap mahu mempolitikkan. Benarkah terdapat jalan ke destinasi yang mahu dituju tanpa melibatkan tol? Jika benar maka jalan alternatif yang tidak melibatkan tol perlu diwar-warkan kepada pengguna sebagai pilihan kepada pengguna yang enggan membayar tol.


Siri kekejaman sebenar perlu didedahkan kepada rakyat. Kekejaman dan rasis pihak DAP terhadap peniaga kecil berbangsa Melayu tidak mungkin dibela oleh PAS dan PKR. Ini perlu dijadikan pengajaran kepada bangsa Melayu. Gerai milik Ramlah yang diusahakan sejak 20 tahun lalu dirobohkan oleh penguat kuasa MPPP. 

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kecoh apabila Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid membangkitkan tindakan MPPP merobohkan dua gerai peniaga Melayu di Persiaran Gurney tanpa sebarang notis awal sedangkan peniaga makanan laut di Pantai Bersih hanya dikenakan kompaun sejak beberapa tahun lalu. Mereka hanya mahu dilayan secara adil, sama seperti peniaga lain yang tidak diganggu PBT. Kerajaan Pulau Pinang boleh tutup jalan untuk memberi laluan kepada penjaja Cina berniaga. Mengapa peniaga Melayu yang hanya berniaga di hadapan rumah dianiaya. Sikap rasis yang melampau ini tidak boleh diambil mudah.


Dalam isu kalimah ALLAH pakatan pembangkang telah menzalimi Islam. Apabila Lim Guan Eng mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam mesej krismas 25 Dis 2012, Hadi Awang bersama Anwar dan Lim Kit Siang telah membuat pernyataan bersama pada 08 Jan 2013 mempersetujui desakan itu dan membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH walaupun ianya bertentangan dengan akidah Islam. 

Walaupun Majlis Syura’ PAS pada 13 Jan 2013 telah membuat ketetapan bahawa kristian tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH kerana ianya mempertaruhkan soal aqidah dan Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Dr. Haron Din juga telah membuat kenyataan bahawa sesiapa yang bersetuju kristian guna kalimah ALLAH adalah syirik dan wajib bertaubat namun sehingga ke hari ini, samada Hadi Awang mahupun PAS Pusat langsung tidak menarik balik persetujuan 08 Jan 2013 itu walaupun bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura’ PAS sendiri. Ini merupakan kekejaman pembangkang yang tidak boleh kita abai dan perlekehkan. Ianya melibatkan akidah dan pegangan umat Islam.


Pakatan pembangkang bersikap zalim melampau apabila mereka bersekongkol dengan dengan DAP yang merupakan musuh ketat bangsa Melayu dan umat Islam. Amat ketara sikap DAP yang rasis apabila perwakilan DAP mengejek dan menjerit boo kepada Jeff Ooi apabila beliau dalam keadaan terpaksa meminta maaf atas keceluparan memanggil kakitangan MPPP yang kebanyakannya adalah bangsa Melayu dengan gelaran ‘kucing kurap’. Bagi DAP meminta maaf kepada orang Melayu seperti sesuatu yang cukup mengaibkan.


Sebelum ini Ketua Publisiti DAP Tony Pua pernah melabel pegawai dan kakitangan ROS sebagai anjing UMNO. Tony Pua enggan meminta maaf kepada kakitangan ROS sehingga ke hari ini. Malahan DAP juga pernah membuat kenyataan bahawa sekiranya mereka diberi mandat memerintah maka mereka akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam kepada separuh. Orang Melayu merupakan kaum majoriti yang berkhidmat dalam perkihidmatan awam. Rasis yang melampau ini tidak boleh disangkalkan lagi.


Masih terbayang-bayang lagi kekejaman pembangkang dalam peristiwa 13 Mei. Tambahan pula Peristiwa 13 Mei yang berslogankan ’Malai-Se - Mampus Melayu’ berkumandang dibumi Tanah Melayu waktu itu. Panggilan ‘lancau polis Melayu, ‘Melayu sakai masuk hutan’, ‘Melayu pigi berambus ini KL kita sudah control’ dan macam-macam lagi panggilan menghina dihamburkan kepada orang Melayu hanya apabila DAP menang sedikit kerusi di Selangor dan Pulau Pinang. Rusuhan kaum terburuk yang pernah dilihat dalam sejarah Negara ini berpunca dari DAP. Oleh itu bangsa Melayu jangan kita sesekali lupa kepada sejarah ini. Kejamkah pembangkang terhadap rakyat? Anda sila jawab sendiri.


Kekejaman yang nyata PAS terhadap bangsa Melayu dan umat Islam apabila mereka bermatlamatkan hanya mahu menjatuhkan UMNO, saudara se-agama dan se-aqidah mereka hanya untuk memuaskan nafsu serakah yang bertuhankan kerusi politik. Walaupun PAS sedar bahawa adalah mustahil mereka memerintah namun mereka sanggup berkomplot dengan DAP menipu rakyat demi menjatuhkan UMNO. Kekejaman PAS ini seperti mereka mahu membunuh dan makan saudara seagama sendiri.


Kekejaman harus diukur dengan betul. Sikap salah menafsir kekejaman dan keperluan perubahan dalam ekonomi bakal memberi kesan yang amat memudaratkan. Kegagalan para pemimpin menjelaskan isu sebenar akan menyebabkan pengundi Melayu berpaling tadah. Oleh itu, maklumat yang tepat harus dapat disampaikan kepada rakyat dengan kadar segera dan sejelas yang mungkin.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger