Isu ‘tender terbuka’ merupakan peluru utama DAP untuk menyerang
kerajaan BN. Di mana-mana
sahaja DAP sering mencanangkan bagaimana parti itu mengamalkan tender terbuka
untuk sebarang projek bagi mengurangkan kos dan memastikan ketelusan
pentadbiran.
Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa berbohong bukanlah perkara
asing bagi DAP. Jika tidak,
takkanlah Setiausaha Agungnya digelar ‘berlidah biawak’.
Baru-baru ini DAP telah terbukti berbohong lagi buat kesekian
kalinya dalam projek menaiktaraf longkang dan membendung banjir di Pulau
Pinang. Projek tersebut
ternyata telah dianugerahkan kepada syarikat S.P Mega melalui rundingan terus
tanpa melalui proses tender terbuka. Perkara
itu diakui sendiri oleh Lim Hock Seng, Exco Pulau Pinang apabila ia terdedah di
internet.
Alasan Lim ialah rundingan terus telah membantu mengurangkan kos
kerana syarikat berkenaan berjanji untuk ‘membantu’ kerajaan negeri.
Persoalannya, bukankah DAP juga yang menyatakan bahawa tender
terbuka mampu mengurangkan kos? Kenapa
pula ada pengecualian atau ‘double standard’ apabila yang terlibat ialah DAP
dan bukan BN?
Kerajaan negeri menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat oleh
MPSP sedangkan terdapat Minit Mesyuarat Sulit yang mencatatkan ia sebagai
arahan terus dari Ketua Menteri untuk menganugerahkan projek tersebut kepada
S.P Mega tanpa melalui tender terbuka.
Lebih menarik lagi, S.P Mega meletakkan kos sebanyak
RM6,913,896.60 walaupun kos yang diumumkan oleh Exco ialah RM6,947,120 iaitu
perbezaan sebanyak RM33,223.40. Jika
itu belum cukup membingungkan maka kita pasti bingung membaca Minit Mesyuarat
awal yang menyatakan bahawa projek tersebut dicadangkan dianugerahkan kepada
syarikat Suchen Sdn Bhd dari Selangor.
Lim Hock Seng memberi alassan bahawa syarikat Suchen didapati
tidak layak selain bukan merupakan syarikat tempatan yang mana menyebabkan Exco
mencadangkan S.P Mega.
Bagaimanapun, pihak MPSP pula menyatakan bahawa Minit Mesyuarat telah
tersalah catat kerana Lim Hock Seng ataupun Lim Guan Eng langsung tidak
menyebut nama S.P Mega untuk projek tersebut.
Nampaknya, ‘salah taip’, ‘salah catat’, ‘salah kira’ sudah menjadi
sinonim dalam pentadbiran DAP. Setiap
tindakan parti itu yang meragukan semuanya akan dijawab dengan alasan
‘tersilap’ atau ‘tersalah’, yakni tidak sengaja.
Jika asyik tersilap atau tersalah, di manakah ‘Cekap’ yang
dilaungkan?
Jika tidak melalui tender terbuka, di manakah ‘Telus’ yang
dicanangkan?
Jika terdapat perbezaan harga yang meragukan, di manakah ‘Amanah’
yang dibangga-banggakan?
Pesan kita pada DAP, cukup-cukuplah berbohong. Sesungguhnya, hipokrasi DAP sudah
sampai ke tahap meloyakan.
Dari apa yang dapat kita lihat di Pulau Pinang, kita pasti DAP
tidak akan mampu memerintah dengan adil. Parti yang tidak cekap, tidak telus
dan tidak amanah tidak mungkin dapat menjadi pemerintah yang baik.
Post a Comment