Home »
Politik
» Takrifkan Islam dalam Perlembagaan - Fathul Bari
Takrifkan Islam dalam Perlembagaan - Fathul Bari
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Persidangan Mahasiswa Nasional bercadang membawa usul supaya kerajaan mentakrifkan Islam di dalam Perlembagaan.
Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, perkara itu dilontarkan ketika sesi perbincangan beliau dengan kumpulan pemimpin mahasiswa persidangan itu.
Katanya, usul itu timbul apabila kumpulan tersebut menzahirkan kebimbangan terhadap perkembangan ajaran yang menyimpang daripada Islam seperti fahaman Syiah.
"Jadi, kumpulan ini bercadang membangkitkan usul ini supaya Islam di dalam Perlembagaan itu ditakrifkan sebagaimana umum mengetahui bahawa kita berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.
Beliau ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa kumpulan mahasiswa dalam sesi Mesyuarat Jawatankuasa Khas persidangan berkenaan, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Fathul Bari menyifatkan usaha UMNO menganjurkan persidangan yang julung-julung kali diadakan itu sebagai usaha positif.
Katanya, antara perkara yang dibincangkan turut memberi fokus kepada pencapaian kerajaan dari sudut agama Islam.
"Saya tekankan juga kepada mereka supaya melihat pencapaian itu dalam konteks luas meliputi ekonomi, infrastruktur dan tidak berfikiran sempit.
"Penganjuran persidangan seumpama ini membuktikan bahawa UMNO tidak menyekat suara anak muda, sebaliknya menyediakan platform kepada mereka," jelas beliau.
-utusan malaysia
Post a Comment