Home »
Politik
» Bantahan UMNO Kelana Jaya : Azli Jangan Melulu Buat Kenyataan - Dato Dr Tengku Rethwan
Bantahan UMNO Kelana Jaya : Azli Jangan Melulu Buat Kenyataan - Dato Dr Tengku Rethwan
"..Saya amat terkejut dengan kenyataan sdr Mohamed Azli, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara didalam akhbar Mingguan Malaysia muka surat 17, bertarikh 1 Disember 2013 antara lain menyentuh kononnya di Kelana Jaya juga Tengku Adnan dikatakan cuba campur tangan tapi telah dihalang oleh Presiden UMNO.
Saya ingin memperbetulkan kenyataan beliau serta menegur sikap songsang beliau mencampuri urusan dalaman UMNO Bahagian Kelana Jaya. Kenyataan sdr Azli boleh dianggap sebagai nakal dan tidak bertanggungjawab kerana sedar atau tidak sedar mempunyai implikasi melaga2kan Setiausaha Agong UMNO dan Presiden Parti dengan calon2 yang bertanding dalam Pemilihan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kelana Jaya tempohari.
Sebenarnya, pengadu2 yang merupakan antara calon2 yang bertanding dan para perwakilan telah menghantar bantahan kami kepada Jawatankuasa Pemilihan Dan Jawatankuasa Disiplin UMNO Malaysia pada 20 September 2013 dan 30 September 2013 (pindaan). Kami ingin menegaskan yang kami tidak pernah menggunakan pengaruh pihak atasan kerana bantahan kami mempunyai merit dan asas yang kukuh dalam mempertikaikan prosedur dan proses pemilihan serta proses pengundian semasa Pemilihan AJK UMNO Bahagian Kelana Jaya tempohari. Kami cuma menggunakan hak kami sebagai ahli ahli UMNO yang setia kepada parti and patuh kepada Perlembagaan, Peraturan serta Tataetika parti.
Kita harap sdr Azli jangan cuba lagi buat kenyataan yang melulu tanpa fakta yang betul kerana boleh menjadi subjudis dan prejudis terhadap keputusan kes kami serta boleh menjejaskan kredibilti sebagai seorang pemimpin..."
- Datuk Tengku Rethwan Tengku Mansor
Post a Comment