Polis Republik Singapura menasihati pengguna internet dan media sosial supaya tidak terus menyebarkan khabar angin dan spekulasi berkaitan rusuhan ganas yang berlaku di Little India, Singapura malam tadi.
Menurut laman web polis, perbuatan itu tidak langsung membantu siasatan tetapi berkemungkinan besar akan mengakibatkan panik dalam kalangan orang awam dan masyarakat.
Sementara itu, Straits Times Singapura hari ini memaparkan grafik kronologi kejadian rusuhan yang berlaku malam tadi di laman web asiaone.com.
Awalnya, sebuah bas swasta melanggar mangsa berbangsa India yang kemudian mencetuskan kekecohan dan rusuhan, polis menerima panggilan pada pukul 9.23 malam.
Selepas itu, kereta peronda polis dan ambulans tiba di tempat kejadian. Sebuah kereta polis telah diterbalikkan oleh perusuh menyebabkan jentera bomba dan ambulans terpaksa beredar.
Kemudian dua kereta polis diterbalikkan oleh perusuh.
Kehadiran polis anti rusuhan Singapura tidak lama selepas itu menyebabkan perusuh berpecah sehingga pihak polis berjaya mengawal keadaan, dan 27 orang telah ditahan.
Sumber : ASIAONE.COM
Post a Comment