Home » » #Banjir2013 ; "Mangsa Banjir Manja & Malas Menolong.." - Tengku Puan Pahang

#Banjir2013 ; "Mangsa Banjir Manja & Malas Menolong.." - Tengku Puan Pahang

Written By Unknown on 09/12/2013 | 8:00 pm

Tengku Puan Pahang Tegur Mangsa Banjir Dengan Twitter

TENGKU Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah walaupun mencemar duli memasak untuk mangsa banjir, baginda turut menegur perangai mangsa banjir yang disifatkan agak manja kerana enggan menolong.
Melalui akaun Twitternyanya @cheminahsayang, Tengku Puan Pahang kecewa dengan sikap sesetengah daripada mangsa banjir yang enggan membantu dalam kerja-kerja memasak dan membasuh pinggan.

“Tadi saya marah di Sungai Isap, berebut-rebut dan bergaduh, fahamlah keadaan dan fikir semua orang susah, semua orang menolong tapi yang ada tahu nak complain.
“Yang sedihnya, mangsa banjir tidak ramai yang yang menolong, memasak atau menjaga kebersihan ataupun basuh pinggan mangkuk,” kata baginda.

TwitterTengkuPuanPahang

Menurut Tunku Hajjah Azizah, baginda melakukan satu lawatan mengejut dan mendapati semua berebut dan keadaan tidak terkawal.
Baginda turut mengingatkan mangsa supaya bersyukur keadaan bencana di Malaysia lebih selesa berbanding dengan di Filipina yang teruk.
“Seharusnya bersyukur, jika dibanding dengan Filipina yang teruk,” kata baginda.

TweetTengkuPuan
Baginda turut berasa kasihan dengan petugas-petugas yang menguruskan mangsa banjir yang bekerja dari pagi sampai malam, mereka juga mangsa sama seperti mangsa yang lain.
“Saya kasihan melihat petugas-petugas bekerja, dari pagi sampai malam, mereka juga mangsa banjir,” kata baginda.
Ada segelintir besar mangsa banjir memang berperangai begitu, di Malaysia jika banjir pun dilihat keadaan pusat pemindahan sementara tidak begitu teruk jika dibandingkan dengan negara-negara lain.
Itulah dia selepas jarang dilanda musibah,  bila terkena sedikit ujian dari Allah mulalah jadi tidak selesa dan tidak mahu bersabar.
Harap jadikan ingatan Tengku Puan Pahang satu nasihat agar perjalanan pengurusan mangsa banjir lebih teratur. - MYNEWSHUB.MY
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger