Home » » Nelson Mandela ; Foto Obama Hadir Bagai Pak Lawak !!

Nelson Mandela ; Foto Obama Hadir Bagai Pak Lawak !!

Written By Unknown on 11/12/2013 | 6:45 pm

Obama 'Selfie' Di Majlis Kebumi Nelson Mandela

Nampaknya kegilaan untuk mengambil gambar sendiri atau ‘selfie’ bukan saja menimpa orang biasa tetapi juga orang berpengaruh dunia.
Masalahnya, kegilaan melakukan selfie ini kadang-kadang tak mengira tempat langsung.
Contohnya ketika majlis pengebumian pejuang kebebasan aparteid dan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela semalam, Barack Obama dilihat melakukan selfie bersama Perdana Menteri Britain, David Cameron dan PM Denmark, Helle Thorning-Schmidt.
Selfie menggunakan iPhone ini dikesan dilakukan tiga pemimpin dunia di atas di upacara pengebumian Mandela yang berlangsung di Stadium FNB Johannesburg, pada waktu suasana sepatutnya dalam keadaan berkabung.
Justeru apabila gambar ini tersebar dan menjadi viral di laman maya, banyak pihak mengkritik tindakan Obama ini.
Isteri Obama yang duduk di sebelahnya kelihatan memandang jauh ketika perangai Selfie ini dibuat, mungkin kurang bersetuju dengan perlakuan tersebut.
Tahun ini Kamus Oxford telah mengumumkan, selfie menjadi ‘word of the world’ kerana pengaruhnya yang besar dalam masyarakat sekarang.
1

2

Dalam pada itu, Obama juga mungkin terlupa bahawa sebagai pemimpin AS, lensa kamera sering dihalakan padanya.
Tak cukup dengan selfie, dia dilihat berborak sakan dengan Thorning-Schmidt sepanjang upacara pengebumian berlangsung, di saat semua orang sekeliling termasuk isterinya berdiam diri bagi menghormati majlis.
Gelagat mereka ini sekali sekala mendapat jelingan tajam Michelle Obama.
Nampaknya Obama bukan sahaja berdepan dengan kritikan masyarakat, tetapi juga pasti jenuh nak menjawab bila balik rumah semalam. –newshub
Baca kisah "Perdana Menteri yang kata tak nak pergi sebab melibatkan kos d SINI

a
b
c

d

e

Sumber: nydailynews.com
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger