SEMBELIT !!
Kalau dah hati tu kelam..tandanya zulmat makin menebal..dengar lain..terjemah lain dan akhirnya yang d sebar jadi lain..
Ambo malas nak ulas panjang kisah ada blogger yang hari-hari dok katok Pejabat PM dengan pelbagai isu..itu tak betul, ini tak betul..yang betulnya begini, yang sepatut d buat oleh pegawai PMnya begini..semua salah..takde satu pun nampak betul..kecuali pandangan dari kepala dia je lah..
Ambo bukan suka sangat nak bergaduh sama sendiri tapi kalau dah jauh menyimpang kekadang kena tegur juga..kadang tu kalau kita defend Pemimpin No1 Malaysia..atau kita defend UMNO-BN lebih-lebih..timbul pula cerita kita ni kuat kipas dan pasang aircond yang horse powernya besar sekali..kononnya nak bodek dan berbagai..kalau ambo kaki bodek takla orang panggil ambo ni Encik saja..patut dah dapat Datuk huhu..opsss !!
Kisah kematian Mandela dah jadi isu kelam kabut..dah berbelit tahap cipan..yelah sampai tuduh PM Najib keluarkan kenyataan TAK PERLU PERGI SEBAB MELIBATKAN KOS..wahHH ni dah tahap jamban cerita ni..
Kononnya alKisahnya.."dengar dari kawan yang kerja gomen, yang mana kawan dia dengar dari radio Sinar FM yang mengatakan PM Najib tidak dapat hadir ke majlis pengkebumian Nelson Mandela sebab nak jimat kos.." ( lebih kurang gitulah ayat dalam blognya)
Ingatkan sumber langsung..rupanya dengar atas dengar..pergHHH gilooo ni..
Ambo pun ambik sikap dengar dari sahabat ambo..malas nak baca kalu blog yang jenis suhu tak stabil..nak kata berat-berat nanti perang besar..ambo ni bilis je kalau nak d banding dengan blogger tu..yelah dapat Datuk..dapat jadi ahli majlis Mesyuarat bukan yang kecik-kecik anak..tak pasal-pasal..masam muka dan saling bergaduh dalam blog..kalau bergaduh atas stage senang kira..samada K.O atau TKO je..hehe
Sepatutnya bila dah level Datuk Blogger..periksa dahulu..tanya betul-betul sumber tu..bukannya dia tak kenal Pegawai d Pejabat PM..yelah ambo selalu nampak dia duduk semeja lagi dengan PM kat program yang melibatkan kehadiran BLOGGER..ambo tak pernah lagi makan semeja dengan PM atau Pegawai Khas PM..kita ni sapa..demo sapa..
Malah kalau dah berpangkat Datuk..senang je nak call Stesen Radio Sinar tu..tanya betul-betul penerbit atau sapa saja yang terlibat dengan Radio tu..senang..taklah serangan kita membabi buta..kesian babi..bukan semuanya buta hahaha opsss...
Ambo bertanya pada sumber la ni..tu sebab berani sikit nak tulis kisah luar kotak ni hehe..bukan PM Najib yang keluarkan kenyataan..tapi PM Israel !! jauh benar bunyinya ni kalau telinga tu ok bila dengar d Radio..kira sahabat kepada blogger Datuk ni berat lah..telinga dia dengar lagumana..dia pikir ke tak ni..Radio Sinar bukannya sebarangan Radio..rating pendengar dan rankingnya pun hebat..isu sensitif begini bukan boleh d buat jenaka..adehhh
Tok Guru ambo kata..bukan Sunnah Nabi saw melawat Pemimpin Kafir mati..bukan tradisi Baginda saw dan Sahabat..yang Nabi saw pergi adalah melawat kafir yang sakit..dakwah agar mereka mati dalam Iman..mati dengan Kalimah Allah..tak salah nak melawat mereka mati pun..itu syiar keperibadian Islam pada bukan Islam..namun ada tertibnya..
Dari dok hentam hari-hari dalam blog kisah buruk dan serba tak betul pegawai PM atau Penasihat PM atau seumpamanya, baik serang puok kera..serangan anda berbisa sebab pembaca anda ramai..gunakan kelebihan itu untuk serang puok kera..isu Syiah dok berleluasa pun banyak lagi yang tak settle kita nak tulis..
Bukan TAK BOLEH TEGUR PEMIMPIN..boleh..tapi ada batasnya..tegur yang membina ambo pun sokong tapi kalau isu tu kutip tepi jamban..ambo tak setuju dan kita nampaknya ada perbedaan..
Janganlah pikir dah banyak blog hentam pakatan rakyat maka kita nak ubah selera kita hentam BN atau Pemimpin atau yang sewaktu dengannya..kita dulu naik dan dapat nama serta dapat penghargaan dari Kerajaan BN kerana apa? bukan niat nak mengajar cuma nak sama-sama ingatkan..kita ni d bawah AMIR yang sama..bantulah kami blogger bilis ni dalam menyerang atau menangkis fitnah dari puok kera tu..kesianla pejuang maya yang baru..berilah depa semangat..bukan ajar depa bagaimana serang sama sendiri tanpa henti..
Maaflah..nak nasihat kot bahasa orang puteh ambo tak pandai..mencarut tu mungkin sekali sekala kot omputeh oklah hahaha
Kepada Datuk Syed..ambo minta maaf...takde niat nak gaduh..u know me..i know u..we fren-fren..kalu tersilap ambo tegur ni ambo mitok sorri lah ye..takde niat apa..sekadar ingin kita rapatkan ukhwah sesama kita..blog kita berbeda namun tujuan kita hanya satu..pertahankan Malaysia dari Pakatan Rakyat yang berhati iblis..pertahankan Malaysia dari Pakatan Rakyat yang kita tahu mereka manusia yang rakus..maafkan ambo lagi sekali..
Bukan ramai yang mampu tulis blog dalam bahasa omputeh..gunalah kelebihan ini..ada saluran kita tegur pemimpin kita..ambo yakin Datuk lebih tahu dari ambo..salam..
Post a Comment