Masihkah anda ingat kisah skandal yang melanda pelakon kacak Adi Putra dengan isteri orang yang hangat diperkatakan beberapa bulan sebelum ini?
Sejak terbongkarnya skandal hangat itu, hanya Adi dan suami kepada wanita itu sahaja yang tampil memberikan kenyataan kepada pihak media.
Semalam menerusi akhbar sisipan Berita Minggu, Bi-Pop, wanita yang dikenali sebagai Nooraida pula tampil ke hadapan memberikan kenyataannya berhubung isu yang melanda dirinya dengan aktor kelahiran Singapura itu.
Sebelum ini, Adi pernah mengatakan dia langsung tidak mengenali wanita yang dikaitkan dengannya itu dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Mengulas mengenai perkara itu, Aida menjelaskan, “saya terpaksa buat (kenyataan media) bagi membuktikan dakwaan suami saya sebelum ini sememangnya benar dan bukan saya sengaja nak reka. Jika Adi menafikan dia tak pernah kenal saya seperti dilaporkan, itu hak dia. Memang Adi tak pernah mengenali saya secara bersemuka, tapi kami mengenali antara satu sama lain secara InstaMessage, Instagram dan WhatsApp. Malah kami pernah berhubung melalui telefon bersama suami ketika Adi baru kembali dari Mekah, beberapa hari sebelum Aidilfitri”.
Aida juga mengakui aktor itu ada menghantar gambar peribadinya atau lebih tepat lagi gambar alat sulitnya selain meminta wanita itu menghantar gambar seksinya untuk tatapan Adi sendiri.
“Dakwaan Adi menggoda saya adalah benar kerana pada awal perbualan, dia ada mengatakan mula menyukai saya dan meminta gambar. Pada mulanya saya beri gambar biasa saja tapi kemudian Adi meminta gambar lebih seksi. Saya tak berani, tapi dia pujuk sehingga saya mengalah selepas beliau menunjukkan gambar peribadinya,” katanya lagi.
Mungkin wanita ini teruja apabila mengetahui pelakon popular seperti Adi mengakui mencintainya, namun seharusnya sebagai isteri orang, adalah lebih penting untuk wanita itu menjaga maruh diri dan suaminya.
Kan tak pasal-pasal segala keburukan anda sudah diketahui oleh semua pihak.
Diharapkan kes ini dapat memberi pengajaran kepada semua pihak di luar sana supaya janganlah sesekali ‘bermain belakang’ atau pun mencurangi pasangan anda sekali pun ada peluang sebegitu terbentang di depan mata
Post a Comment