Akibat belajar silat dengan hanya menggunakan aplikasi berbual Whatssapp di telefon pintar tiga orang pemuda kini mengalami masalah diserang penyakit misteri.
Mereka belajar hanya melalui panduan dan kata-kata yang dihantar oleh seorang guru dari Whatssap.
Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Fikri berjaya menguasai empat jenis seni mempertahankan diri Melayu itu dalam tempoh cuma dua minggu.
Seorang lagi, Irfan pula menjadi gagah perkasa dan mahir bersilat selepas belajar membaca mantera selama tiga minggu di dalam hutan.
Mangsa ketiga Fariz pula digeruni orang kampung apabila tangannya kuat bagaikan besi dan pandai bersilat selepas sebulan memakai tangkal dan menghafal jampi diajar seorang tua.
Sebuah imej skrin Whatsapp itu menunjukkan mesej daripada ‘tok guru’ yang meminta wang pengeras RM582 sebelum arahan untuk belajar silat akan diberikan.
Sebaik memasukkan wang, bermulalah pelbagai jenis amalan dan syarat yang pelik tetapi jika sudah mahu belajar silat perkara seperti karut dan khurafat biasa sudah tidak diendahkan.
Kini mereka menderita akibat penyakit misteri hingga hampir lumpuh, muntah darah dan baran bagai orang gila apabila ‘pendamping; yang memberi kuasa luar biasa itu mengamuk kerana permintaannya tidak ditunaikan.
Kalau nak belajar silat, eloklah mencari pertubuhan berdaftar yang betul supaya dapat ilmu yang betul daripada menderita kerana punca yang tidak diketahui. –mynewshub.my
Post a Comment