Home » » Himpunan Guling Kerajaan ; Zahid Hamidi Di Uji

Himpunan Guling Kerajaan ; Zahid Hamidi Di Uji

Written By Unknown on 23/12/2013 | 2:00 pm



Oleh ZR;

Pasti ramai yang telah mendengar atau mengetahui mengenai satu himpunan jalanan yang bakal diadakan oleh pakatan pembangkang dalam masa yang terdekat ini. Tidak cukup dengan portal dan blog, para macai mereka turut menjadi agen promosi tidak rasmi dalam menghebahkan perkara ini melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.
Tujuan mereka cuma satu, bagi memastikan kehadiran pada demonstrasi yang di diadakan pada kali boleh dikategorikan sebagai ‘pecah panggung’. Ini kerana seperti yang diketahui umum, pengaruh dan sokongan rakyat kepada pakatan khusus Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semakin hari merudum. Buktinya, beberapa siri himpunan jalanan yang diadakan selepas pilihanraya umum yang lalu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.
Paling menarik, antara ayat ‘klise’ yang sering digunakan setiap kali mereka  mengadakan himpunan jalanan ialah ‘ia diadakan secara aman’. Sedangkan kita semua tahu, himpunan jalanan yang diadakan adalah bertujuan untuk menagih simpati rakyat sekali gus menumbangkan kerajaan dengan kekerasan.
Kita juga sering mendengar, setiap kali berakhirnya perhimpunan atau demonstrasi jalanan anjuran parti pembangkang ini, pelbagai pihak akan disalahkan dengan pelbagai tuduhan. Kononnya pihak berkuasa telah bertindak zalim dan luar batas kemanusiaan terhadap para peserta yang kononnya datang secara aman bagi menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka.
Tanpa mengambil kira pelbagai provokasi yang dilakukan mereka, lalu dengan mudah meletakkan kesalahan tersebut ke atas bahu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kononnya ganas terhadap wanita, warga emas, kanak-kanak dan sebagainya yang hadir dalam himpunan jalanan yang diadakan. Paling sadis, apabila pernah satu ketika salah seorang peserta himpunan berpura-pura mati kerana terhidu gas pemedih mata yang dilemparkan bagi menarik simpati rakyat.
Berbalik kepada demonstrasi jalanan yang akan diadakan ini, mereka tidak lagi berselindung di sebalik perhimpunan aman, namun secara terang-terangan mengaku mahu menggulingkan kerajaan dan akan cuba menimbulkan huru-hara. Berikut adalah antara cebisan pesanan dan komen yang dihantar melalui laman sosial Facebook.
“Tahukah anda : pada malam 31 Disember kerajaan Malaysia bertukar tangan. Menjelang 1 Januari, Kuala Lumpur sudah di tawan”
“Hidup Rakyat, gulingkan kerajaan yang zalim” menurut Asma Nabilah.
“Kami sentiasa bersedia mengangkat senjata sekiranya tiada pilihan tok (untuk) lenyapkan rejim Umno dari muka bumi ini” kata Humaidi Albaq.
“Kalau setakat datang nak dengar ceramah, nak lepak kat padang, sorry gua tak berminat. Kalau datang nak claim Kuala Lumpur untuk revolusi, untuk lumpuhkan ekonomi, itu baru gua datang. Dah sampai masanya untuk kita revolt, bukan vote lagi” tegas Shaiful Azren.
Berdasarkan pesanan-pesanan ini, jelas membuktikan sebilangan mereka yang hadir ingin mencetuskan huru-hara dan mereka berselindung di sebalik sambutan malam tahun baharu. Golongan itu mendakwa mahu menyelit di sebalik kumpulan orang ramai yang mahu meraikan ketibaan 2014 bagi menunjukkan ramai yang menyokong usaha menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
Namun, perkara paling membimbangkan bukannya bilangan peserta sebaliknya orang awam yang tidak terlibat sama mungkin akan terperangkap bersama anggota kumpulan ini ketika agenda peribadi mereka digerakkan.
Lebih teruk jika kumpulan itu hilang kawalan dan orang awam juga yang menjadi mangsa sama ada cedera dan hilang harta benda mahupun pertumpahan darah jika berlaku pertembungan antara pihak berkuasa dan peserta demonstrasi.
Sedangkan tahun 2014, adalah tahun untuk mereka yang telah dipilih, tidak kira daripada parti pemerintah mahupun pembangkang, mula bekerja menabur khidmat kepada rakyat yang telah mengundi mereka. Sepatutnya kita sudah boleh meneruskan hidup seperti biasa.
Kesimpulannya pihak berkuasa mengambil tindakan penguatkuasaan dan pencegahan kerana ia bukannya langkah ke belakang dalam sistem demokrasi, kerana ianya adalah langkah ke depan yang diamalkan semua negara maju untuk kekalkan keamanan.
Sekiranya hasil siasatan terbukti individu atau kumpulan tersebut memang sengaja mahu menggadai keamanan negara demi kepentingan peribadi, maka tangkap sahaja, dakwa dan kenakan hukuman paling berat supaya menjadi pengajaran kepada yang lain kelak.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger