Home » » Bebasnya Rafizi Babi Memfitnah Di Bumi Merdeka Ini !!

Bebasnya Rafizi Babi Memfitnah Di Bumi Merdeka Ini !!

Written By Unknown on 23/12/2013 | 3:00 pm


Jumaat lepas, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli membuat satu dakwaan yang mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah bertindak menjual aset negara sebagai langkah untuk mencapai sasaran defisit negara.
Beliau memetik mukasurat 10, laporan terkini Bank Dunia bertajuk ‘Malaysia Economic Monitr : December 2013′ yang dianggap beliau menjelaskan rancangan kerajaan untuk mencapai sasaran defisit iaitu 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pada tahun sebelumnya defisit negara ialah pada kadar 4.5 peratus.
Mukasurat 10 laporan itu menyebut “daripada tambahan RM11.8 bilion pendapatan yang dijangka diperoleh berbanding anggaran bajet, RM7.4 bilion berasal daripada sumber-sumber bukan cukai, termasuk RM1.4 bilion hasil daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan.”
LaporanBankDuniaRafizi kantoi apabila sebenarnya langkah penjualan kerajaan dan pesekuritian gadai janji adalah amalan biasa yang diterima di seluruh dunia manakala di Malaysia ia sudah mula dilaksanakan sejak tahun 2004 lagi.
Pensekuritian gadai janji (penjualan pinjaman yang diberikan oleh kerajaan) mula dibuat pada Septembe 2004 apabila kerajaan melalui Cagamas MBS Berhad menawarkan pengambilalihan pinjaman perumahan kakitangan Kerajaan Malaysia kepada pelabur yang berminat.
Dalam bahasa mudah, kerajaan menjualkan pinjaman yang dikeluarkannya kepada pelabur bagi mendapatkan semula wang tunai yang dikeluarkan sebagai pinjaman, malah sudah tentunya dengan margin keuntungan tertentu.
Penjualan aset juga adalah amalan biasa di mana kerajaan akan melepaskan pegangan (menjual) ke atas aset-aset bukan teras (non-core asset) bagi memperolehi kecairan (wang tunai) dan ini dilakukan ketika nilai aset terbabit meningkat pada nilai tinggi, bermakna kerajaan tidak rugi.
Isu ini sebenarnya pernah dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada Mac 2012.
Ketika itu beliau bertanya mengenai langkah-langkah yang digunakan oleh Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) apabila melupuskan aset.
Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Donald Lim memaklumkan hasil penjualan aset bukan teras dari semasa ke semasa dalam tempoh tujuh tahun, Khazanah Nasional telah memcatat keuntungan RM13.6 bilion.
Dewan Rakyat juga dimaklumkan bahawa dari Mei 2004 hingga akhir tahun 2011, Khazanah menjual aset bukan teras bernilai RM31.7 bilion yang menjana keuntungan kira-kira 43 peratus.
Sudah menjadi amalan biasa bagi kerajaan menjual aset bukan teras bagi membolehkan negara mendapat wang semula dengan keuntungan tertentu yang setakat ini terbukti berjaya.
Rafizi… kantoi lagi…
Sumber rujukan : bnbbc.my

mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger