Home » » Eksklusif ; Temubual Aakj Dengan Ahlul Bait Dari Syria

Eksklusif ; Temubual Aakj Dengan Ahlul Bait Dari Syria

Written By Unknown on 25/12/2013 | 3:00 pm


Pertemuan yang tidak di rancang..cuma terasa menarik nak ceritakan pertemuan dengan saudara seagama dari negara yang d landa BALA tak kesudahan ini..SYRIA.

Asalnya singgah minum d kompleks belibelah Subang Jaya..dah jadi kebiasaan bila otak dah buntu nak menulis maka kena lapangkan kejap otak ni..hehe cari kopi ke teh ke..tengok-tengok ragam manusia ke..kekadang mulut kena ringan untuk berkenalan..saja sambil-sambil survey tanya isu-isu negara..isu barang naik dan lain-lain..ye lah nak lihat Rakyat Malaysia ni depa peka atau faham tak isu sebenar atau sekadar terpengaruh dengan maklumat dari blog-blog yang suka memfitnah Kerajaan..spin dan pelbagai..

Mulanya ingatkan Restoran milik Rakyat Malaysia sepenuhnya..mata dah jeling..ada Kedai Kopi Bandar Lama..huh malas nak singgah..kedai milik puok kera Dap katanya..akhirnya masuk kedai jenama baru BBQ Chicken Korea..wahh ingatkan kedai Korea Halal ni milik siapa..rupanya milik orang Syria yang berkongsi dengan orang kita..(kita tu sapa lupa pulak nak tanya hehe)..

Bagi perokok yang tak berapa tegar macam ambo ni macam biasalah..mula tanya..ada tempat merokok ke kedai ni..sebab tengok semuanya tertutup dan berhawa dingin..Encik Syria, namanya Bachar Moussally jawab..ada..kat atas hehe rupanya dua tingkat..apalagi naik jelah dan terus berasap..

En. Bachar datang menyapa dan dari situ agak terkejut bila dia ceritakan serba sedikit kenapa beliau lari dari Syria.

"Presiden Syria, Bashar al-Assad zalim terhadap kami ahli Sunnah Waljamaah..ramai yang terkorban..ulama d bunuh begitu saja..Ulama Sunni.."

"..mana-mana peniaga atau usahawan Sunni d kacau dan akhirnya kedai saya kena bom..sebagai usaha untuk tutup perniagaan saya..rakan-rakan saya pun sama.." - tambah Bachar.

Persepsi di wujudkan kononnya rakyat berdemo melawan Kerajaan..tapi sebaliknya adalah pembersihan etnik Sunni..jelas beliau lagi. Ambo pun selama ini dok melihat dalam TV..jadi keliru antara demostrasi tumbangkan kerajaan atau apa sebenarnya berlaku.

Malah paling teruk jelas beliau lagi, persepsi demostrasi jalanan berjaya menutup segala kejahatan Bashar Al-Asad !!

Agak panjang temubual tanpa d rancang ini..nantilah aakj ceritakan d hari yang lain..cuma ada kisah menarik bila En.Bachar keluarkan watikah salsilah keturunan beliau adalah dari Saidina Hassan, cucu Nabi saw.

"Family Root" atau "Tree" ini boleh d lihat jelas dan ada mohor pengesahan dari beberapa Ulama Muktabar seluruh dunia.."itu makanya ayah saya dulu salah seorang Jeneral askar.." sambung beliau lagi.

Aakj boleh la sikit baca jawi hehe..tapi aakj bukanlah pakar hal ini..cuma Ahlulbait ini memang ada..yang tahu hal ini tahulah..

"Saya lihat Malaysia negara Islam yang aman..itu sebab saya pilih untuk hijrah ke sini.." - Bachar

..bersambung..kisah antara punca sebenar Syria jadi haru biru..



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger