KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan The Heat, dipercayai ekoran penyiaran artikel berhubung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor dalam edisi November lalu.
Sumber-sumber mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa arahan itu dibuat kementerian terbabit.
Bagaimanapun masih belum jelas perkataan yang digunakan untuk penggantungan itu.
Minggu lalu, akhbar itu menerima surat tunjuk sebab daripada kementerian, yang tidak menamakan secara khusus artikel yang dianggap bermasalah.
Bagaimanapun, ia dipercayai berkaitan tulisan berjudul “All eyes on big spending PM Najib“, yang mempersoalkan perbelanjaan perdana menteri dan isterinya, seperti dilaporkan Malaysiakini.com.
Di laman web The Heat, hari ini diletakkan satu paparan notis bahawa penerbitan akhbar itu sudah digantung pihak KDN dan ia tidak akan diterbitkan seperti biasa pada 21 Disember ini. – MYNEWSHUB.MY
Post a Comment