Calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim menerima tempias kekasaran itu apabila kereta yang dinaikinya ditendang sekumpulan penyokong dipercayai daripada pihak lawan.
Ahmad Sohaimi ketika ditemui pemberita di rumahnya melahirkan rasa kesal dengan tindakan kumpulan yang mencemarkan politik damai sepanjang tempoh berkempen, namun yakin ia bukan dilakukan penduduk tempatan.
"Saya kenal orang di sini, ini tidak mencerminkan perbuatan mereka. Ini saya yakin perbuatan mereka yang datang dari luar," katanya.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi di kawasan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap, sekumpulan penyokong dipercayai dari pihak lawan, menendang kereta yang dinaikinya lebih 10 kali.
Ahmad Sohaimi bagaimanapun menganggap ia hanyalah sebahagian warna-warni politik dan tidak bercadang membuat laporan polis.
"Ini satu daripada perkara yang saya perlu belajar dalam perjalanan politik. Masyarakat juga perlu perbaiki akhlak mereka. Tidak eloklah perbuatan begini," katanya.
Antara siri iblis mengamuk ;
-RFM2U
Post a Comment