BN tewas dengan majoriti 1084
Tahniah BN kerana berjaya kurangkan majoriti dan ini menunjukkan gelombang sokongan pengundi mula menunjukkan sokongan terhadap BN makin bertambah.
Dari awal lagi ambo dok perati dan bertanya sahabat-sahabat yang bertugas d Sungai Limau..agak sukar untuk BN tembusi kubu kuat Pas ini.
Warga Sg Limau menolak BN kerana sesungguhnya dalam kepala mereka telah d doktrinkan dengan slogan "Islamik"..kononnya tolak Pas maka menolak Islam. Apa taknya..kalau mimbar Jumaat pun khatib boleh berkhutbah dengan berani minta pengundi supaya UNDI Pas dengan mengaikat dengan hadis dan quran serta sirrah bahawa Kerajaan BN adalah Kerajaan Kafir Quraisy yang wajib d tentang habis-habisan. Malah perjuangan yang akan membawa kepada kematian SYAHID kiranya berjuang bersama Pas.
Cuba fikirlah kalau setiap malam kuliah antara maghrib dan isyak..siapa yang datang buka kitab dan Jabatan Agama Islam Kedah seolah-olah buta dan bisu..makan gaji buta !!
Tauliah untuk mengajar agama d masjid dan surau d bawah seliaan Kerajaan Negeri tidak d endahkan..janji boleh buka kitab dan baca satu dua hadis..d gelar Ustaz !!
Bukan setakat Jabatan Agama Islam Kedah yang Mukhriz patut pantau..Guru-guru yang sewenangnya naik ke pentas politik dan berceramah memburukkan Kerajaan BN juga wajib d perhatikan. Mukhriz wajib bekerjasama dengan Kementerian Pusat untuk melicinkan pentadbiran beliau..Inilah masa beliau d uji !! BERANI BERTINDAK !!
Ambo bukan nak salahkan Mukhriz..cuma nak beliau gunakan slogan "BERANI" itu secara betul-betul "BERANI"..bukan sekadar slogan retorik !!
Warga Sungai Limau dah buat keputusan..apapun tahniah kepada seluruh petugas BN dan yang tak hadir bersama..jazakallah ambo ucapkan atas doa anda semua !! tqtqtqtq...
Post a Comment