Home » » #PRKSgLimau : Hadi Awang Bukan Semai Padi, Tapi Bagi Makan Ikan

#PRKSgLimau : Hadi Awang Bukan Semai Padi, Tapi Bagi Makan Ikan

Written By Unknown on 01/11/2013 | 3:30 pm




Tindakan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menabur benih padi ketika program ‘Tok Guru Turun Bendang’ 2 hari yang lalu menerima kecaman pelbagai pihak kerana menggunakan pendekatan yang salah. Ini kerana kaedah tersebut bukan sahaja GAGAL menghasilkan tanaman padi malah hanya akan mendatangkan kerugian kepada para petani, Ini kerana kaedah yang digunakan itu, dikatakan hanya sesuai digunakan untuk memberi makan ikan dan bukannya untuk tanaman padi.

Menurut Mustaqim Murad, Pegawai Pertanian yang ditemui berkata, kaedah yang digunakan itu jelas bercanggah dengan amalan biasa dan merupakan satu tindakan yang sia-sia.

“Paras air yang digunakan untuk Kaedah Serak Basah, sekadar di buku lali dan bukannya paras lutut. Pendekatan yang digunakan oleh Haji Hadi itu hanya akan menyebabkan biji benih padi tidak akan ‘pecah tunas`.

“Ini kerana sekiranya kadar air terlalu banyak, akan menyebabkan benih padi terkumpul apabila proses mengurangkan air dijalankan” katanya.
Di dalam proses penanaman padi, ada banyak kaedah yang digunakan ketika penuaian antaranya kaedah Serak Basah, Serak Keringm Transplanter dan yang terbaru SrI dan Padi Kebal.

Mustaqim turut menjelaskan, tindakan Pas dan Hadi Awang itu hanya akan membazirkan benih padi subsidi yang diberikan oleh kerajaan yang khusus untuk membantu golongan petani.

Mengulas lanjut berhubung program yang diadakan itu, Mustaqim turut mempertikaikan tindakan Hadi yang memberikan ‘nama baru’ untuk benih padi yang ditaburkan itu. Menurut beliau kebiasaannya nama baru hanya akan diberikan kepada padi baru yang dihasilkan buat pertama kalinya melalui kaedah saintifik dan kajian.

Malah Berita Harian melaporkan, seorang penyokong Pas yang ditemui menyifatkan, program tersebutMEMALUKAN. Beliau yang enggan dikenali itu berkata, pihak penganjur sepatutnya mengurangkan air dalam bendang sebelum benih ditaburkan apatah lagi ia membabitkan pemimpin tertinggi parti itu.

Katanya sesiapa sahaja yang melihat ‘upacara’ tersebut pasti akan tergelak kerana menabur benih padi dalam air bendang yang penuh, akan mematikan terus benih itu.

Presiden Pas itu sebelum ini dilaporkan telah hadir dan merasmikan program ‘Tok Guru Turun Bendang’. Program tersebut diadakan bagi menarik sokongan pengundi di Sungai Limau yang rata-ratanya terdiri daripada petani. Tidak cukup dengan itu, Hadi turut mengenakan pakaian turun ke bendang, iaitu baju lengan panjang, seluar, kain sarung, topi dan kasut but panjang dan turun menabur biji benih padi di petak sawah kira-kira 700 meter dari tempat program.


-ZR-

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger