Home » » #PRKSgLImau ; Foto Lebih 300 Ahli Pas Keluar Parti !!

#PRKSgLImau ; Foto Lebih 300 Ahli Pas Keluar Parti !!

Written By Unknown on 03/11/2013 | 12:30 pm



Seramai 351 pengikut PAS dari beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, malam tadi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli UMNO dan permohonan untuk menubuhkan lima cawangan baru UMNO.

Lima cawangan tersebut ialah Kampung Permatang Keramat, Sungai Dedap, Kampung Klinik Sungai Dedap, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen Sungai Saun dan Kampung Tok Rama.

Borang permohonan diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Azeez Rahim dan EXCO Pemuda UMNO, Ustaz Fathul Bahari Mat Jahaya.

Salah seorang yang ditemui menyatakan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pas di peringkat negeri dan di peringkat pusat.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger