Home » » #PRKSgLimau ; 1690 Ahli Pas BERANI HIJRAH !!

#PRKSgLimau ; 1690 Ahli Pas BERANI HIJRAH !!

Written By Unknown on 05/11/2013 | 11:00 am



TEWAS BERMARUAH !!

Warga pengundi Dun Sg Limau sudah buat keputusan untuk mengekalkan Calon Pas sebagai Wakil Rakyat mereka namun agak mengejutkan kerana slogan BERANI HIJRAH menjadi kenyataan. Seramai 1690 yang sebahagiannya adalah penyokong Pas yang tegar satu waktu dulu.

Isyarat yang jelas dari Sg Limau telah d hantar kepada Pakatan Haram bahawa mereka sudah sedar bahawa Kerajaan BN bukan Kerajaan yang retorik dan terus kekal membela rakyat..bukan sebuah parti yang bukan memekak d pentas ceramah politik dan akhirnya segala janji yang d taburkan kosong belaka.

Mengikut data rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada malam tadi, calon Pas telah berjaya memperolehi 12, 069 undi berbanding calon BN sebanyak 10,985 dengan jumlah majoriti 1,084 dengan jumlah yang keluar mengundi sebanyak 85.5 peratus.
 
Pada pilihanraya umum ke-13 (PRK-13) yang lalu, Pas berjaya memperolehi sebanyak 13,294 undi berbanding calon BN 10,520 undi dengan majoriti 2,774 dengan jumlah yang keluar mengundi sebanyak 89.44 peratus.

Melalui keputusan tersebut juga menyaksikan bagaimana beberapa kubu kuat parti itu seperti Bukit Choras, Bukit Besar, Sungai Dedap, Kabu Sepuloh, Sungai Limau dan Sedaka berjaya ditembusi oleh BN. Ia secara tidak langsung membuktikan  wujud penolakan di kalangan ahli dan penyokong parti itu yang pernah mengundi Allahyarham Azizan.
 
Malah menurut laporan yang diterima, rata-rata masyarakat di Kedah menyedari akan wujudnya perancangan jahat untuk menyingkirkan Allahyarham Azizan yang dikatakan begitu mesra dengan pemimpin dan orang Umno. Ia sekali gus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penyokong Phahrolrazi dan Mahfuz Omar.

Walaupun Pas menggunakan strategi lapuk, cara samseng berkempen bagi menyekat kemaraan Jentera BN dan menakutkan pengundi, klik d SINI..namun ianya tidak mampu untuk menakutkan pengundi untuk hadir zahirkan undi mereka terhadap BN.

Majoriti yang Pas perolehi bukannya UNDI PROTES akibat masalah dalaman parti namun tahap kepercayaan penyokong Pas yang tegar terhadap parti sudah terhakis. Penyokong tegar Pas sudah sedar bahawa Pas hanyalah sebuah parti boneka yang d lembukan oleh Anwar dan Kit Siang !!

Tahniah lagi sekali bagi seluruh Jentera BN yang bertungkus lumus menunaikan amanah bagi meyakinkan pengundi bahawa BN masih relevan ! Terima Kasih juga untuk doa-doa sahabat seluruh Malaysia demi sebuah perjuangan yang tidak sia-sia ini..jazakallah !



foto hiasan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger