Keputusan pemilihan jawatan tertinggi serta ahli
jawatankuasa Pas Pusat bagi penggal 2013-2015 yang baru berlangsung menunjukkan
kumpulan yang berkiblatkan Anwar Ibrahim terus menggukuhkan cengkaman mereka ke
atas parti itu.
Dengan kemenangan besar Anwarinas di dalam Pas, besar
kemungkinan parti itu akan terus berada di bawah telunjuk pemimpin PKR itu.
Ini juga bermakna apa sahaja usaha yang dilakukan oleh
sesetengah faksi di dalam Pas khususnya golongan ulama untuk mengkaji semula
tahalus siyyasah atau kerjasama politik bersamna PKR dan Dap boleh dikatakan
sudah berkubur.
Usul yang diluluskan oleh sayap Pemuda Pas bagi kajian
semula kerelevanan Pas berada di dalam pakatan pemnbangkang nampaknya tidak
dipedulikan oleh majoriti perwakilan yang menghadiri muktamar ke 59 parti itu.
Dalam erti kata lain, golongan ulama dalam Pas telah
kecundang kepada Anwarinas yang bekerja bukan untuk agenda perjuangan parti itu
tetapi lebih kepada merealisasikan muslihat Anwar.
Malah lebih mencurigakan ialah tindakan penggiraan semula
undi bagi jawatan naib presiden yang kini mengekalkan Husam Musa dan
mengnyahkan Mahfuz Omar.
Sebelum ini Husam kalah kepada Tuan Man Tuan Ibrahim untuk
jawatan tersebut tetapi kini bertukar pula kepada kekalahan Mahfuz Omar.
Seolah-olah wujud tangan ghaib yang berperanan memastikan
Husam terus kekal di kedudukan dengan mengorbankan Mahfuz yyang juga
Pesuruhjaya Pas Kedah.
Umum tahu Husam adalah sebahagian daripada kumpulan
Anwarinas yang amat setia dengan Anwar manakala Mahfuz pula penyokong kumpulan
ulama.
Tidak silap analisis terhadap pemilihan tersebut jika
dikatakan wujud satu pakatan atau konspirasi untuk memastikan penyokong Anwar
mengungguli sebanyak mungkin jawatan tinggi parti itu.
Malah Mohammed Sabu yang pernah dahulu mengelar Anwar
sebagai 'Al Juburi' tetapi beralih angin menjadi seorang Anwarina juga mampu
mengekalkan jawatan timbalan presiden mengalahkan calon ulama, Nik Mohd Amar
Nik.
Kekalahan Nik Mohd Amar kepada Mat Sabu dengan majoriti
kecil 98 undi membuktikan kumpulan Anwarinas berhempas pulas berusaha
memastikan calon mereka menang.
Melihat kepada senarai 18 pemenang anggota jawatankuasa
pusat pula, ia juga terus dikawal oleh kumpulan Anwarinas.
Selain Kamaruddin Jaafar yang selama ini menjadi agen Anwar
yang ditanam oleh bosnya di dalam Pas, turut berjaya termasuk Khalid Samad dan
Dr Dzulkefly Ahmad.
Anwarinas lain yang dipilih ialah Dr Hatta Ramli, Dr Mujahid
Yusof, Dr Siti Mariah Mahmud, dan Dr Syed Azman Syed Ahmad.
Ini bermakna hampir 50 peratus ahli jawatankuasa pusat Pas
dikuasai oleh golongan Anwarinas yang akan menentukan dasar dan halatuju parti
itu untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Keputusan ini adalah bukti kumpulan ulama di dalam Pas telah
berjaya ditundukkan oleh puak Anwarinas.
Kedudukan Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti mewakili
kumpulan ulama kini hanya akan menjadi simbolik sahaja kerana segala keputusan
akan didominasi oleh mereka yang mengambil arahan daripada Anwar bukannya presiden.
Pas lambat laun akan ditransformasi oleh kumpulan Anwarinas
sebagai sebuah parti politik yang hanya wujud pada nama Islam sahaja tetapi
segala dasar dan prinsipnya akan ditentukan oleh Anwar.
Tidak terkejut jika satu hari kelak Pas juga akan mengakui
dan mempertahankan kewujudan rejin Zionis Israel sebagaimana yang dikehendaki
oleh Anwar.
Tidak terkejut juga satu hari nanti Pas juga akan bersetuju
dengan Dap untuk menghapuskan has-hak Melayu serta memansuhkan institusi
raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik sebagaimana
yang diimpikan oleh parti cauvinis Cina itu.
Pas kini dalam bahaya dan sekiranya keadaan ini dibiarkan
parti itu akan lenyap sebagai sebuah badan siyyasah yang berlandaskan kepada
perjuangan atas nilai-nilai Islam.
Kini peranan Pas di dalam pakatan pembangkang akan terusm
mengecilkan sekadar menjadi tukang angguk sahaja kepada kehendak dan nafsu PKR
dan Dap.
Oleh kerana itu adalah lebih selamat Pas mengambil keputusan
untuk kekal sebagai parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO dengan
bersendirian dan tidak berada di bawak kawalan dan telunjuk PKR dan Dap.
Post a Comment