Home » » Kedai Mamak "Nasi Ganja" Guna Najis Manusia Sebagai Pelaris?!!

Kedai Mamak "Nasi Ganja" Guna Najis Manusia Sebagai Pelaris?!!

Written By Unknown on 15/11/2013 | 5:00 pm

Ketika isu Restoran “Nasi Ganja” di Ipoh diarah tutup 2 minggu kerana premis didapati kotor, ada pula isu lain yang timbul apabila satu status dimuatnaik oleh Cik Ze Aida di dalam Facebook yang mendakwa terdapat najis manusia di dalam peti simpanan makanan yang dipercayai sebagai ilmu hitam.
p/s : Bagi kami report polis ni dibuat nak kaburkan kes premis tak bersih mereka. Maaflah, kotor tetap kotor. Bukan khabar angin ni yang buatkan perniagaan anda rugi, tapi isu kedai kotor ni. 

Najis Manusia Sebagai Pelaris: Pemilik 'Nasi Ganja' Ipoh Lapor Polis - Terbakor

Kerana tidak berpuas hati akan penyebaran dakwaan tersebut, pemilik Restoran Vanggey di Jalan Yang Kalsom, telah membuat laporan Polis untuk menyiasat dakwaan yang dianggap sebagai fitnah yang akan merugikan perniagaan mereka.
Sama ada dakwaan itu benar atau tidak, tiada siapa yang tahu. Namun bagi Admin, sebenarnya isu pokok iaitu isu premis kotorlah yang akan membuatkan Restoran “Nasi Ganja” kerugian. Di harap pengusaha-pengusaha restoran lebih sensetif akan isu kebersihan di masa akan datang.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger