Home » » Isu Hidangan Sup Babi ; Pasangan V-Log Porno Salahkan UMNO

Isu Hidangan Sup Babi ; Pasangan V-Log Porno Salahkan UMNO

Written By Unknown on 02/11/2013 | 10:00 am





Pasangan penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee mendakwa kekecohan berhubung gambar 'Bak kut teh' yang dimuat naik di Facebook pada Ramadan lalu disebabkan orang-orang Islam sensitif dan beremosi selain mendakwa ia diprovokasi oleh sesetengah pemimpin Umno.

Ini terkandung dalam afidavit pasangan tersebut untuk memohon mahkamah mengenepikan tiga pendakwaan terhadap mereka di bawah Seksyen 298A, Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini.

“Dakwaan ini adalah andaian dan persepsi yang dicetuskan akibat kenyataan umum yang diberikan oleh beberapa ahli politik Umno berkenaan dengan perbuatan pemohon-pemohon tersebut untuk mengocak pemikiran rakyat Malaysia (terutama rakyat beragama Islam) dengan tujuan dan objektif politik mereka,” kata kedua-dua Tan dan Lee dalam afidavit mereka.

Mereka didakwa menyebabkan gangguan terhadap keharmonian, mengganggu perpaduan dan menimbulkan kebencian agama.

Semasa pendengaran permohonan tersebut di mahkamah hari ini, peguam pasangan tersebut Chong Joo Tian berhujah seksyen tersebut tidak seharusnya digunakan kepada bukan Islam dan ia bukan bermaksud mengawal ketenteraman awam.

Sementara Timbalan Pendakwaraya Wan Shaharuddin Wan Ladin bagaimanapun berhujah tidak dapat dibuktikan Seksyen 298A hanya termaktub kepada orang-orang Islam.

Beliau turut mengatakan, seksyen tersebut boleh digunakan terhadap orang-orang Islam yang menjemput penganut agama Hindu memakan daging lembu semasa perayaan Deepavali. – EP




foto kedua tu hanya hiasan...tuuuiHHH !! yang kat bawah ni foto saje-saje letak..tiada hubungan dengan yang telah mati...(kiranya..)


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger