Lima sekawan termasuk pemilik sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang , Cameron Highlands nyaris maut selepas tebing sebuah bukit bersebelahan tiba-tiba runtuh dan menimpa bengkel tersebut.
Dalam kejadian ketika hujan lebat kira-kira pukul 6.30 petang itu, tiga orang sempat menyelamatkan diri manakala dua orang lagi terperangkap di dalam bengkel tersebut.
Kedua-duanya berjaya dikeluarkan kira-kira sejam setengah kemudian dan dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di sini untuk mendapatkan rawatan.
Hanya seorang yang dilaporkan cedera ringan iaitu pemilik bengkel tersebut, Idrus Munir, 43, manakala rakannya yang turut terperangkap, Mohd. Norsoswa Abd. Wahab, 42, tidak mengalami kecederaan.
Post a Comment