Home » » Foto ; Kematian Ketua Penguatkuasa JAIP Bermotifkan Bunuh - Polis

Foto ; Kematian Ketua Penguatkuasa JAIP Bermotifkan Bunuh - Polis

Written By Unknown on 11/11/2013 | 1:13 am



Polis mengesahkan kematian Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Ab Malik, yang ditembak di rumahnya tengah hari tadi, bermotifkan bunuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Zakaria Ahmad berkata, semasa kejadian pada 1.55 tengah hari itu, mangsa yang berumur 49 tahun sedang berehat bersama isteri dan seorang anaknya di ruang tamu.


Beliau berkata sebelum itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an yang berjubah hitam dan berkopiah putih, yang tiba di rumah Mohd Raffli dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih, telah memanggil mangsa keluar dari rumahnya.


"Semasa keluar dari rumahnya, seorang lagi suspek berumur dalam lingkungan 30an meluru dari tempat duduk belakang kereta dan melepaskan tiga das tembakan ke arahnya," kata beliau kepada pemberita di rumah mangsa di Indera Mahkota di sini, hari Ahad.


Zakaria berkata, dua daripada tiga das tembakan itu mengenai dada Mohd Raffli manakala satu lagi tembakan tersasar menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.


"Polis percaya suspek yang menaiki kereta itu telah berlegar-legar di kawasan rumah mangsa berdasarkan faktor suspek hanya mengambil masa seminit untuk membunuh mangsa," katanya.


Zakaria berkata polis menyiasat kes itu dari pelbagai sudut termasuk motif lain.




Pemandangan berhampiran rumah Us Raflie A. Malik yang di tembak dihadapan rumahnya sasudah zohor tadi.


Kita doakan agar roh beliau dicucuri Rahmat olih Allah. Taaziah kpd balu dan keluarga aruah agar menempuh saat dukacita ini dengan penuh sabar.


Sedih kerana senjata api begitu mudah dan nyawa manusia, khususnya yang beriman dan berjasa begitu murah.




"Ya Allah, sepertimana Nabi Ibrahim mendoakan agar Kota Mekah dikurniakan aman olih Mu Ya Allah, dan dikurniakan rezeki Mu kepada yang beriman, begitu jualah doa ku Ya Allah, agar Dikau amankan negara kami dan kurniakan rezeki yang halal lagi barakah bagi kami sekalian".


"Ya Allah, Dikau ampunkan segala dosa hamba Mu ini dan cucuri Rahmat Mu keatas rohnya dan kurniakan kesabaran kepada isteri dan keluarganya yang tercinta...amin Ya Rabbul alamin".


pakat-pakatkalih.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AZMY KELANA JAYA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger